Mahathir ulangi gesaan Najib letak jawatan
JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi
gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai
Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana sudah hilang kepercayaan
terhadap kepimpinannya.
Beliau berkata, ia perlu segera dibuat susulan kegagalan Najib
menyelesaikan banyak isu berbangkit termasuk 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit.
“Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur
dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa
jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat.
“Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang
terbesar dalam Dewan dapat memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi
apa yang dilakukan Najib,” katanya pada program bicara isu-isu semasa
Selamatkan Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, di
sini, malam semalam.
Menurutnya, parti keramat yang banyak berjasa itu juga kelihatan sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
“Kenapa saya tinggalkan Umno? Kata pepatah Melayu kalau sayangkan anak,
tangan-tangankan; sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tapi saya juga
tinggalkan Umno kerana sayang.
“Saya melihat Umno hari ini bergerak hanya untuk mempertahankan
presidennya walaupun membuat benda yang salah. Mereka membisu kerana
mungkin sudah disuap dedak ke dalam mulut mereka,” katanya.
Menurutnya, Umno yang dahulu memperjuangkan agama, bangsa dan negara
sudah tidak lagi mengamalkan demokratik sebaliknya hanya untuk menyokong
presiden parti dan perdana menteri.
“Melihat keadaan ini bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan bangsa kita,
saya tidak dapat lagi kekal dalam Umno. Sebab itu saya keluar Umno.
Kita dapati Umno seolah-olah bisu dan tak boleh bercakap, bahkah dengar
pun tak boleh.
“Dia percaya dengan duit boleh buat apa saja dan rakyat akan sokong
kalau dia bagi duit. Sebab itu kita lihat dia ada BR1M (Bantuan Rakyat
1Malaysia) RM500 setahun. Mungkin bagi sesetengah orang RM500 itu besar,
tapi kebanyakan yang terima lebih RM500,” katanya.
1 orang berkata:
Mahathir ada buat statement yg lebih kurang berbunyi:
"Najib mesti letak jawatan sbg PM.. kalau tidak masa PRU14 nanti, Najib akan kalah, BN akan kalah dan UMNO pun akan kalah"
Mujurlah ada PAN yg senantiasa bersiap siaga membantu Tun M bagi mengelakkan UMNO pupus.
Post a Comment