Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SALAH BESAAAQ AGAK NYEW !

MB kena tarik gelaran: Ahmad Razif enggan ulas
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang melibatkannya semalam.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang berlangsung di Primula Beach Hotel di sini, hari ini hanya mengucapkan 'terima kasih' beberapa kali, sebelum beredar menaiki kenderaan rasminya.

Ahmad Razif hadir pada majlis itu bagi mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat untuk merasmikan persidangan tersebut.

Usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda yang turut berada di majlis berkenaan juga tidak berhasil kerana beliau turut bergegas meninggalkan majlis dan enggan mengulas lanjut.

Viral mengenai perlucutan gelaran itu mula dikatakan semalam dan difahamkan, Ahmad Razif telah dipanggil pihak istana pada petang Jumaat lalu.

Spekulasinya mengenai perlucutan gelaran itu bertambah kuat apabila Ahmad Razif hanya disebut sebagai Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu dalam majlis itu dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti kebiasaanya dalam beberapa majlis rasmi sejak semalam.

Bagaimanapun difahamkan, titah rasmi berhubung isu perlucutan itu masih belum dikeluarkan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa buat sultan murka cuba tanya mat said.rasia najib dia nak simpan rahsia mat razif dia nak buat apa.agaknya ia rahsia yg berkaitan.hai nampaknya tak lama orgnajib tu.ayuh trg jgn jd mcm kedah dpt mat lce

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.