Beri peluang BN habis penggal di Terengganu
KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi
peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan
kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis
terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak
berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain,
sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.
“Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh
kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga
habis penggal.
“Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita
memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa
penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir
pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini,
malam tadi.
Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan
dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen
(Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri
Mamat serta kepimpinan yang lain.
Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap
dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya
memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengakui Pas
dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua
kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
(PRN) Sarawak kali ini.
“Berdasarkan sambutan baik yang diterima rakyat Sarawak ketika ini,
kita yakin mampu memiliki dua atau lebih kerusi dalam PRN kali ini,
malah kehadiran kita (Pas) juga turut diterima baik masyarakat di negeri
berkenaan,” katanya.
Katanya lagi, keretakan hubungan antara PKR dan DAP yang meletakkan
calon di kawasan yang sama juga dilihat memberi kelebihan kepada Pas
dalam pilihanraya kali ini.
“Kemungkinan ada positif kepada kita (kemelut pertindihan kerusi antra
DAP dan PKR)..dan kita juga sudah umum lebih awal mengenai calon kita
iaitu 11 daripada 80 kerusi yang dipertandinga..jadi peluang untuk kita
(Pas menang) ada,” katanya.
3 orang berkata:
biar je BN memerintah terengganu sampai bila2 ,kalau Pas memerntah mungkin Terengganu akan mundur ke belakang melainkan Pas dipimpin oleh Ulamak lain,kalau Hj Hadi mugkin dah tak bolih.Pas nak menang lagi di terengganu? maaf le.
PAS bukannya gila kuasa mcm PAN.. kalau PAS dpt kuasa pun biarlah melalui pilihanraya bukan dgn bwk lari kerusi parti lain malah lepas tu mengaku plk kerusi parti entah dtg dari mana dan tanpa perlembagaan plk tu!
jordan shoes
longchamp online shop
yeezy boost
yeezy boost 350
michael kors outlet
air max thea
air jordan shoes
nike air zoom pegasus 32
adidas stan smith
longchamp handbags
achang
Post a Comment