Parlimen tidak boleh campuri kes penahanan Rafizi
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan anggota
Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana kuasa polis untuk mengambil tindakan
itu diperuntukkan di bawah undang-undang yang digubal Parlimen.
Beliau berkata, penahanan Rafizi adalah di bawah bidang kuasa polis iaitu mengikut Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Pandikar Amin menyatakan demikian dalam notis bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan
Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang Selasa lepas sejurus keluar
dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan
dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT).
Beberapa anggota Parlimen pembangkang semalam mempertikaikan penahanan
Rafizi yang mereka dakwa tidak menghormati institusi Parlimen kerana
berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang dan mahu Yang Dipertua
Dewan Rakyat campur tangan berhubung penahanan itu.
Seksyen 8 Akta itu menyebut "Jika seseorang didapati melakukan
kesalahan di bawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah
melakukan, atau cuba melakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia
boleh ditahan tanpa waran tangkap".
Pandikar Amin berkata, Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau
keluar dari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud
menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang
melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Dipertua Dewan
Rakyat mempunyai kuasa secara eksklusif untuk mentadbir perjalanan dan
pengurusan Dewan Rakyat.
"Ini termasuklah hal-hal keselamatan ahli-ahli Parlimen dan mana-mana
orang yang berada di dalam Parlimen dan kawasan sekitarnya dan
perjalanan kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada ahli Parlimen
berserta keistimewaan di bawah undang-undang yang terpakai," katanya.
Menyentuh sama ada penahanan itu melanggar kuasa dan keistimewaan
anggota Parlimen, Pandikar Amin berkata kuasa itu tidak mutlak dan masih
tertakluk kepada undang-undang lain yang sedia ada.
Namun demikian, Pandikar Amin berkata makluman mengenai penahanan
tersebut sewajarnya dikemukakan kepada beliau selaku Yang Dipertua Dewan
Rakyat bagi membolehkan perkara tersebut dimaklumkan kepada Majlis
Mesyuarat.
Tambahan pula, katanya, penahanan itu dibuat di luar perkarangan
Parlimen yang jelas berhampiran dengan Dewan Rakyat yang sedang
bersidang.
"Ini selaras dengan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak polis
melalui usul di bawah Mesyuarat 1 (e) untuk memastikan keselamatan dan
keharmonian Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berlangsung," katanya. -
Bernama
2 orang berkata:
Bodo punyer hadey. Ada ker pilih wakil kristian utk perjuangkan islam kat sarawak.
Korang pas bole la undi kristian jadi ketua korang.... keh3
Boleh menang????
Kepala butoooo la bole menangg...
Dah tak de lagi ke isu anti cina?..
Sape khadam DAP/cina kat sini?
Post a Comment