Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERBURAI RAHSIA LEBIH BANYAK ?

Seng Giaw setuju laporan 1MDB dibentang di Parlimen
Seng Giaw setuju laporan 1MDB dibentang di Parlimen
Seng Giaw

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw bersetuju laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen dan tidak diklasifikasikan sebagai rahsia negara.

Menurutnya, laporan itu perlu dibentangkan di Parlimen, di mana ahli Dewan Rakyat yang mewakili pengundi berhak mengetahui kandungan laporan tersebut dan bukannya diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Pada pendapat saya, sudah menjadi amalan sebarang laporan dibentangkan di dalam Parlimen, sekali gus menjadikan ia bersifat terbuka dan boleh ditafsirkan oleh setiap ahli dewan.

“Ia perlu dibentangkan di Parlimen. Kita perlu ikut amalan di Parlimen. Mengapa ia perlu dirahsiakan jika tiada sebab atau asas yang benar-benar memerlukan ia dirahsiakan?”, katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, pembentangan laporan itu juga dapat mengurangkan pelbagai spekulasi kerana terlalu banyak khabar angin dan tafsiran sehingga mengabaikan fakta sebenar yang dicapai bersama ahli PAC sebelum ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu Dewan Rakyat menarik balik klasifikasi rahsia terhadap laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.