Guling MB: Itu pandangan peribadi, kata Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR - Dakwaan wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Datuk Seri
Mohamed Khaled Nordin sebagai menteri besar Johor yang tersebar di media
sosial, semalam hanyalah bersifat pandangan peribadi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said
berkata, kebanyakan bacaan politik yang dilontarkan di media sosial
dibuat atas kapasiti peribadi.
"Kalau datang daripada Facebook, itu pandangan peribadi, atau kadang-kala orang membuat bacaan politik mereka sendiri.
"Bagi saya kalau semua status Facebook kita nak respon, macam mana
orang politik nak kerja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di
sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan itu yang dimuat naik di akaun Facebook anak kepada Speaker Dun Johor, Datuk Mohamad Aziz.
Anak Speaker Dun Johor itu iaitu Syukur Mohamad mendakwa, gerakan itu
dilakukan oleh seorang timbalan menteri yang bakal menggantikan Mohamed
Khaled bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memantau dan mengawal
Umno Johor.
Syukur juga mendakwa, di sebalik gerakan itu, sejumlah wang bernilai
RM1 juta ditawarkan untuk meyakinkan Umno Bahagian Pagoh untuk
menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketuanya.
Mengulas lanjut, Azalina berkata, beliau agak terperanjat dengan
dakwaan itu sambil menyifatkan menteri besar Johor tidak seperti bekas
menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Takkan penyokong nombor satu presiden parti ini ada masalah. Saya rasa
tiada. Saya tak lihat (Mohamed Khaled) sebagai pemimpin bersifat
seperti gunting dalam lipatan, tiada langsung.
0 orang berkata:
Post a Comment