Beri teguran bukan bererti tidak setia
JITRA - Teguran yang dibuat beberapa pemimpin Umno bukan bererti tidak
setia kepada parti sebaliknya kesetiaan itulah yang perlu menyatakan
kebenaran.
Demikian kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang
turut mengakui bimbang dengan situasi yang sedang berlaku dalam parti
itu.
“Banyak jasa Umno sebagai parti pemerintah tapi kebelakangan ini bukan
hanya merunsingkan, membimbangkan dan menakutkan. Tapi kelihatan buntu
dari segi penerimaan dalam kalangan masyarakat Cina, India termasuk
orang Melayu sendiri.
“Apatah lagi bagi anak-anak muda yang berusia 40 tahun ke bawah. Ini
cukup membimbangkan kita kerana memikirkan masa depan negara dan
anak-anak,” katanya pada program bicara isu-isu semasa Selamatkan
Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, kelmarin.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, jika
keyakinan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kian
merosot, kesannya pelabur juga tidak berminat ke negara ini.
“Pada PRU11 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepada
Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri, kita (BN) boleh
menang dua pertiga kerusi. Menjelang PRU12, tiga isu saja menyerang Tun
Abdullah iaitu harga barang, isu tingkat empat dan kadang-kadang beliau
tertidur, isu itu saja buatkan BN kalah di lima negeri.
“Saya tegur Najib, keadaan ini membimbangkan saya. Bayangkan dalam
keadaan tiga isu PRU12, zaman Tun Abdullah penggal kedua kita dapat 142
kerusi Parlimen. PRU13 dalam keadaan sama, kerusi BN turun dari 142
kepada 133 kerusi,” katanya.
Beliau menyarankan supaya perdana menteri selaku presiden parti
mempertimbangkan semula isu-isu yang berbangkit dan berharap BN dapat
menang pada PRU14.
“Bimbang saya... isu cukup banyak, harga barang, 1MDB (1Malaysia
Development Berhad). Saya tegur bukan bererti bila tegur kita tak setia
kepada parti. Sebenarnya ketaatan kita kepada parti yang menguatkan
parti.
“Kesetiaan kita menyatakan kebenarannya, keikhlasan dan kejujuran kita
dalam perjuangan. Bukan kita nak sebut yes bos! gila nak dapat jawatan.
“Saya malu dengan perdana menteri sebab Sabah pun pernah bertukar
kerajaan. Bukan sekali, tapi empat kali. Bila hilang kuasa, bukan mudah
nak ambil semula,” katanya.
3 orang berkata:
Hahaha sebijik macam parti pas, tak boleh ditegur. Kalau tegur dilabelkan macam2 gelaran.
PAS pun kena tempiasnya...ternyata memang PAS sebuah parti yg menjadi pilihan rakyat malaysia dan in sha Allah PAS akan memerintah malaysia xlama lg...harap2 parti pan,dap dan umno lingkup selamanya...
Negara::::::[Malaysia]
Nama:::::[Merissa Ahmed]
Amaun Pinjaman::::[RM 450k.
Bandar:::::::::::::::::::[Kuala Lumpur]
WhatsApp::::::::::::::::::::[+60177807471]
e_mail:::::::::::[merissaahmed11@gmail.com]
Alamat:::::[Jalan-Bukit Bintang Plaza, Jalan Bukit Bintang]
Nama saya Merissa, seorang ibu kepada dua anak saya dari Malaysia dan saya telah berada di Malaysia selama bertahun-tahun dan sehingga saat ini kesaksian ini saya masih berada di Malaysia. Salah satu masalah utama yang pernah saya hadapi dengan perniagaan saya ialah masalah kewangan dan pembiayaan semula dan ini menyebabkan saya mencari pinjaman dan akibatnya saya menjadi mangsa 2 pemberi pinjaman fiktif dan ini sebenarnya membuat saya trauma sampai tahap tertentu tetapi saya tidak pernah putus asa sehingga saya melalui blog dan juga media lain saya mempunyai peluang untuk menemui [DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY] pada awalnya saya berasa takut dan sangat skeptikal mengenainya, tetapi saya harus mengambil risiko satu kali yang akhirnya membawa kepada kebebasan kewangan saya. Saya benar-benar memohon pinjaman sebanyak [RM 450K] dalam masa 24 jam proses pembayaran berjaya dilakukan. Keseluruhan proses ini boleh dipercayai dengan jujur dan boleh dipercayai, jadi jangan takut dengan pinjaman dalam talian hubungi [DUBAI FINANCIAL SERVICE AUTHORITY] untuk mendapatkan pinjaman yang boleh dipercayai @ kadar faedah yang sangat rendah Anda boleh menghubungi mereka melalui alamat e-mel di bawah::
[financialserviceauthority400@gmail.com]
Atau jika anda ingin membuat lebih banyak pertanyaan, anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini: [merissaahmed11@gmail.com]
Negara::::::[Malaysia]
Nama:::::[Merissa Ahmed]
Amaun Pinjaman::::[RM 450k.
Bandar:::::::::::::::::::[Kuala Lumpur]
WhatsApp::::::::::::::::::::[+60177807471]
e_mail:::::::::::[merissaahmed11@gmail.com]
Alamat:::::[Jalan-Bukit Bintang Plaza, Jalan Bukit Bintang]
Post a Comment