PAKATAN HARAPAN SUDAH CUKUP KUAT, TAMBAH LAGI DENGAN PARTI BARU MAHADHIR, TAMBAH LAGI DENGAN PARTI SYAFI'E AFDAL, DENGAR CERITA NGO DAH ADA RIBU-RIBU, LAGI TAK BOLEH MENANG ? - Pak Karamu
Pas perlu bersikap lebih terbuka
ALOR SETAR - Hasrat pembangkang untuk menjatuhkan BN dalam PRU akan
datang tidak akan tercapai sekiranya masing-masing membawa haluan
sendiri.
Adun Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, parti pembangkang
wajar bersatu atau mencapai kesepakatan sekiranya mahu melihat BN
kecundang dalam PRU.
“Sampai bila pun impian pembangkang mahu terajui negara tidak akan
tercapai jika tiada kesatuan sesama parti pembangkang. Hasrat
pembangkang adalah untuk tewaskan BN, jika sesama sendiri tidak sepakat,
seolah kita memberi jaminan kemenangan kepada BN,” katanya, ketika
ditemui pada majlis Rumah Terbuka beliau, di Masjid Al-Maarif, Kampung
Huma.
Menurut Ketua Pembangkang Dun Kedah itu, pimpinan Pas perlu berlapang
dada dan bersikap lebih terbuka berhubung pandangan Timbalan Presiden
Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru kepada gencatan senjata sesama
pembangkang dan menggembleng tenaga menumbangkan BN.
“Saya mengalu-alukan sekiranya perkara itu benar-benar berlaku. Sudah
lama tunggu kenyataan seperti itu dikeluarkan pimpinan Pas, sepatutnya
pendirian itu sudah lama dibuat,” katanya.
Amiruddin berkata, apabila Tuan Ibrahim menyebut perlunya gencatan
senjata, ini bermakna beliau sudah mengenal pasti siapa musuh sebenar
Pas.
“Musuh sebenar pembangkang hanya BN. Persefahaman perlu ada untuk
pembangkang lawan 1-1 dengan BN, untuk elakkan pertandingan tiga penjuru
kalangan pembangkang. Saya percaya rakyat juga mahukan begitu,”
katanya.
Amiruddin secara terbuka turut mengesahkan tindakannya meletakkan
jawatan sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah sebelum ini,
mempunyai kaitan dengan polisi parti.
“Saya berasakan polisi Pas memeterai kerjasama blok ketiga bersama
Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak membawa kepada kemenangan dalam
PRU, kerana akan wujudnya pertandingan tiga penjuru dan pecah undi,”
katanya.
Menurutnya, diharap apa yang dinyatakan sebagai gencatan senjata itu
menjadi dasar Pas, selain inisiatif parti untuk merealisasikan hasrat
itu.
Mengulas mengenai pembentukan parti baharu diterajui Tun Dr Mahathir
Mohamad, katanya, mana-mana pihak sama ada Pas mahupun Mahathir, yang
mahu bersama dalam usaha menjatuhkan BN perlu bersikap terbuka antara
satu sama lain.
“Mungkin suatu ketika dahulu, mereka musuh politik kita.
"Berilah peluang kedua untuk masing-masing memperbaiki kesilapan lalu,” katanya.
1 orang berkata:
PAS tak perlu berbincang dgn PH.. Cukup sekadar mengisytiharkan PAS akan bertanding kerusi lama semasa PRU 13..
Itu yg paling worst lah. Kalau aku boleh buat keputusan utk PAS aku akan umumkan bhw PAS akan turut bertanding di kerusi2 DAP yg punyai bilangan Melayu seramai 30% dan ke atas dgn meletakkan calon dari DHPP.. Dan mungkin berlaku pertembungan antara DHPP ini dgn DHPD (baca PAN) di mana2 kerusi spt di atas..
Post a Comment