IS isytihar perang selepas kes Puchong
SHAH ALAM - Pengarah, Institut Jenayah & Kriminologi, Universiti
HELP, Datuk Akhbar Satar mendakwa, kumpulan militan IS telah
mengisytiharkan perang secara rasmi terhadap Malaysia apabila
melancarkan serangan pertama di Puchong, pada 28 Jun lalu.
Beliau berkata, serangan itu juga telah mengubah landskap keselamatan
negara apabila ancaman IS yang lazimnya berlaku di luar negara, kini
berlaku di negara ini dan tiada siapa menjangka serangan itu dilakukan
ketika umat Islam sedang berpuasa di bulan Ramadan.
“Bagi pasukan keselamatan dan perisikan, serangan ini mengejutkan.
Pilihan sasaran tidak jelas di pusat bandar atau tempat tumpuan awam
yang dilawati pelancong asing dan tiada siapa dapat membayangkan.
“Ini menunjukkan bahawa penyokong IS, orang yang bersimpati dengan IS
dan pengganas sudah dapat membaca serta menuruni lokasi sasaran serangan
dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau juga berkata, serangan di Kelab Malam Movida, Puchong itu
merupakan sasaran mudah, kerana ia adalah percubaan pertama, kurang
risiko dan kurang usaha bagi pengganas daripada menyasarkan
tempat-tempat berkeselamatan tinggi seperti KLCC, Bukit Bintang atau
Putrajaya.
“Insiden di Puchong merupakan serangan yang berjaya oleh kumpulan IS.
Namun kerja-kerja baik daripada polis Cawangan Khas (Bahagian
Anti-Keganasan E8) juga perlu dipuji.
“Selepas serangan itu, mereka dapat mengenal pasti suspek dengan
maklumat lanjut. Ini mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecekapan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu itu,” katanya.
1 orang berkata:
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976
Post a Comment