'Pendedahan bukan satu pengkhianatan'
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyelar kenyataan
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang
menyifatkan kebocoran laporan Ketua Audit Negara berhubung siasatan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Sarawak Report sebagai
pengkhianatan.
“Apabila maklumat sebenarnya didedah, maka kemungkinan besar pendedahan
Sarawak Report bukan pengkhianatan tetapi berjasa memastikan rakyat
tidak ditipu lagi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Nurul Izzah berkata, prasyarat pertama untuk menilai perbuatan
'khianat' adalah dengan penarikan semula klasifikasi rahsia rasmi
terhadap laporan siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB.
“Rakyat wajib menilai sama ada bebanan hutang ditanggung Kementerian
Kewangan akibat salah laku 1MDB adalah pengkhianatan sebenar terhadap
negara," katanya.
1 orang berkata:
Akta yg melindungi si jerung!
Kesian nasib si bilis
Post a Comment