'Superman' DAP umum tinggalkan parti
SHAH ALAM - 'Superman' DAP, Hew Kuan Yau hari ini mengumumkan keluar
parti susulan kenyataannya menyokong Beijing menuntut Laut China Selatan
dikecam pelbagai pihak.
Kuan Yau berkata, beliau membuat keputusan tersebut atas kehendak sendiri dan tidak didorong oleh mana-mana pihak dalam parti.
“Saya berpendapat ini adalah satu kelegaan (untuk diri saya),” tulisnya seperti yang dipetik menerusi muatnaik status Facebooknya, malam tadi.
Ujarnya, masalah selalu timbul apabila musuh politik sering memutar belit kenyataannya dan menjadikan pandangan peribadinya sebagai pendirian DAP.
Tambahnya, desakan musuh politik supaya jawatankuasa disiplin parti mengambil tindakan terhadapnya turut menimbulkan masalah kepada parti DAP.
“Untuk menyelesaikan masalah ini sekali harung, saya percaya keluar parti adalah pilihan terbaik,” katanya lagi.
Kuan Yau diserang pengguna-pengguna Facebook selepas memuat naik status Laut China Selatan adalah milik China dan melabelkan penentang tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan sebagai anti-komunis di Facebooknya semalam.

0 orang berkata:
Post a Comment