Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA KATA DIA TAHU AKAN MASUK PENJARA


Guan Eng digesa henti ulas kes rasuahnya
Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR - Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.

Beliau berkata, ini merupakan peringatan terakhir kepada Guan Eng berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah disebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Guan Eng.

"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.

"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Guan Eng)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Guan Eng berkata, kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya.

Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.