Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GADOH 16 SEPTEMBER ?


Polis nafi khabar angin ‎pergaduhan kaum
PDRM

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya keganasan kaum akan tercetus semasa sambutan Hari Malaysia pada September depan.

Sehubungan itu, PDRM memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan perbuatan berbaur hasutan dan penggunaan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.


"PDRM ingin menegaskan bahawa mesej itu tidak berasas dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan merosakkan keharmonian kaum dan menggugat ketenteraman awam," kata Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini.


Khabar angin itu, yang disebar melalui media sosial, turut meminta orang bukan Melayu supaya menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain bagi menghadapi kejadian yang dikatakan akan berlaku pada 16 Sept itu. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.