Tiada lagi kerjasama Pas dengan pembangkang
KUALA LUMPUR - Akan wujudkah kerjasama politik antara Pas dengan
mana-mana pakatan pembangkang khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14)?
Telahan pada masa ini adalah kemungkinan tiada lagi kerjasama
seumpamanya ekoran jurang besar daripada segi matlamat perjuangan antara
Pas, DAP dan PKR serta Parti Amanah Negara (Amanah), sekali gus
menyukarkan mereka berkompromi dalam isu-isu dasar parti.
Menurut beberapa penganalisis politik, usaha Pas membentuk kerjasama
politik dengan parti-parti pembangkang lain tidak kekal lama seperti
yang pernah berlaku semasa parti itu berada dalam pakatan longgar
Barisan Alternatif dan seterusnya Pakatan Rakyat.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis
Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata Pas
kini menyedari bahawa kerjasama politik tidak menyebelahi mereka dan ia
hanya menjadi medan untuk parti itu dipergunakan rakan sekutu terutama
dalam persediaan dan kempen pilihan raya.
"Pas tidak mungkin kembali bersama pakatan pembangkang. Prestasi Pas
pada pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Sungai Besar, Selangor dan
Parlimen Kuala Kangsar, Perak sebelum ini juga sedikit sebanyak
meyakinkan parti itu untuk bergerak sendiri.
"Selain itu, perjuangan Pas dalam isu hudud yang ditentang keras DAP di
samping pemimpin PKR yang membuat kenyataan tidak menyokong
undang-undang itu, turut menyumbang kepada keengganan Pas untuk kembali
bekerjasama," katanyakepada Bernama.
Berbeza Matlamat
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata selagi Amanah, yang merupakan
parti serpihan Pas berada dalam pakatan pembangkang, Pas tidak akan
bekerjasama kerana menganggap pemimpin Amanah yang keluar daripada Pas
sebelum ini (dan menubuhkan Amanah) telah merosakkan perjuangan Pas.
Beliau berkata keadaan bertambah sukar apabila Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang membentangkan usul persendirian Rang Undang-Undang
(RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 di Parlimen,
26 Mei lepas yang dianggap DAP sebagai memberi peluang besar untuk
parti itu memperkenalkan hudud di setiap negeri khususnya Kelantan.
"Ini kerana DAP menganggap pembentangan rang undang-undang itu adalah
manifestasi perjuangan Pas yang jelas bertentangan dengan dasar dan
prinsip mereka. Dasar perjuangan dan matlamat yang berbeza merupakan
penghalang terbesar untuk mereka kembali bekerjasama.
"DAP berpendapat mereka boleh menang banyak kerusi Dun dan Parlimen
bersama Pakatan Harapan kerana berfikiran jika bersama Pas, mereka akan
kehilangan banyak undi bukan Melayu. Pas pula melihat Pakatan Harapan
khususnya DAP tidak akan mendapat undi Melayu (tanpa mereka) selain
yakin mereka boleh membuat kejutan di kawasan majoriti Melayu pada PRU14
akan datang," katanya.
Pembakang Baharu
Adakah wujud kemungkinan Pas menyertai pakatan pembangkang baharu yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?
Menjawab persoalan itu, Nik Ahmad Kamal berkata meskipun Pas masih
mencari rakan sekutu yang sesuai untuk menjalin kerjasama, namun pakatan
pembangkang baharu itu dijangka bukan pilihan mereka.
Ini kerana beliau berpendapat selain tidak mempunyai matlamat dan
objektif yang jelas, Pas masih samar akan kelebihan yang akan diberi
pakatan itu daripada aspek penambahan bilangan undi kepada mereka.
Pada 14 Julai lepas, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan satu pakatan
pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, dan bakal dianggotai
PKR, DAP dan Amanah untuk menentang BN pada PRU14 akan datang.
Namun, Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan terburu-buru membuat
keputusan untuk menyertai pakatan pembangkang baharu itu selain
menyifatkan ia sebagai sebuah bahtera yang kelam kabut kerana hanya
berhasrat mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob pada Isnin lepas berkata
Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung penubuhan parti
baharu itu kerana masih terlalu awal untuk Pas membuat sebarang
keputusan bagi menjalin hubungan dengan pakatan itu.
Tumbang Kerajaan
Sementara itu, pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berpendapat pakatan
pembangkang baharu itu langsung tidak membawa kepada aspirasi nasional
melainkan bertujuan menumbangkan kerajaan semata-mata.
Pakatan pembangkang baharu itu tidak akan menjadi alternatif terbaik
bagi BN, dan jika Pas bersedia menyertai pakatan di bawah pimpinan Dr
Mahathir, bererti mereka rela mempertaruhkan parti untuk menjadi
pendokong Mahathirisme yang ditentang selama berpuluh tahun.
"Justeru saya berpendapat, selagi ada gandingan Mursyidul Am Pas, Datuk
Dr Haron Din dan Abdul Hadi memimpin Pas buat masa ini, Pas tidak akan
menyertai pakatan pembangkang baharu itu.
"Tidak kira jika Pas menyertai Pakatan Harapan atau pakatan pembangkang
baharu, Pas masih perlu memikirkan impak negatif apabila bergabung
terutama bersama DAP. Mereka telah merasai bahana kerjasama sebelum ini,
adakah masih tidak serik?," ujar beliau.
Md Shukri turut berpendapat sekiranya Pas memilih untuk bergabung, ia
bermakna parti itu akan kekal menghadapi kesukaran disebabkan perbezaan
pandangan, ideologi, misi perjuangan termasuk cara berpolitik ditambah
dengan kehadiran bekas pemimpin Umno iaitu Dr Mahathir sendiri. -
Bernama
1 orang berkata:
Professional printing company in Hanoi, with many years of experience with modern printing workshop & excellent staff. In Nguyen Gia is a prestigious printing address trusted by many customers in Hanoi & across the country.
See our service details at:
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
thiết kế cửa hàng quần áo đẹp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.
Post a Comment