Tun M pecah belahkan orang Melayu
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizan Ibrahim
menyifatkan hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad
menubuhkan parti baharu hanya memecah belahkan orang Melayu dan
Bumiputera.
Menurut Irmohizan, Mahathir sangup berkompromi dengan parti pembangkang
lain semata-mata ingin menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Tindakan beliau juga dilihat seperti ingin mengambil kesempatan dengan
meraih sokongan parti pembangkang yang sudah lama bermimpi untuk
menjatuhkan kerajaan dan ini ibarat 'orang yang mengantuk disorongkan
bantal'," katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik
baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk blok pembangkang yang
lebih besar di negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tun M rancang tubuh parti baharu tapi...]
Tambahnya Irmohizam lagi, jika hasrat Mahathir ini diteruskan, Malaysia bakal berdepan dengan rakyatnya yang kucar kacir.
"Perpecahan hanya merugikan kita, negara kita terkenal dengan perpaduan.
"Rakyat juga boleh jadi keliru dan kucar kacir akibat perpecahan dikalangan kita," ujarnya.
Irmohizan menambah, hanya rakyat yang mampu menilai usaha kerajaan dalam menjaga masalah negara.
0 orang berkata:
Post a Comment