Dr Mahathir: Parti baharu mungkin ditangguh
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed memaklumkan
bahawa pihaknya kini sedang dalam proses bagi menyelaraskan penubuhan
parti baru yang diumumkan sebelum ini.
Namun begitu, Mahathir berkata, pihaknya menyedari bahawa pendaftaran
parti baru tersebut berkemungkinan akan ditangguhkan bagi tempoh sebulan
atau setahun.
"Kami tetap akan menubuhkan parti baru itu dan membuat kenyataan rasmi mengenai objektif parti ini.
"Kami akan tubuhkan parti ini secepat mungkin dan berharap agar ia akan
turut menyertai pakatan ini," katanya ketika sidang media yang
berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
Ketika ditanya pemberita adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak bakal membuat pilihan raya tergempar, beliau memaklumkan bahawa
tindakan itu seharusnya mendapat persetujuan daripada Yang Dipertuan
Agong terlebih dahulu.
Namun begitu, beliau memaklumkan bahawa sekiranya Najib mengambil
tindakan sedemikian, mereka tidak akan mempunyai pilihan lain dan akan
turut sama bertanding.
"Kita sudah merasa sangat malu dengan situasi yang berlaku di negara
ini dan disebabkan itu, rakyat mesti bersatu untuk menolak Najib Razak,"
katanya.
Semalam, Jabatan Keadilan Amerika Syarika (DOJ) mengeluarkan kenyataan
untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai
lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB yang merupakan
sebahagian daripada US$3.5 bilion yang dilarikan dari institusi itu
dalam salah laku pecah amanah.
1 orang berkata:
Professional printing company in Hanoi, with many years of experience with modern printing workshop & excellent staff. In Nguyen Gia is a prestigious printing address trusted by many customers in Hanoi & across the country.
See our service details at:
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
thiết kế cửa hàng quần áo đẹp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.
Post a Comment