Aliran trafik meningkat di Plaza Tol Gombak arah timur
KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan mula meningkat dan bertali arus
di Plaza Tol Gombak dan Bentong menghala ke pantai timur setakat 11.30
malam semalam.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata
kenderaan mula keluar dari ibu negara menghala ke pantai timur, namun
masih bergerak lancar di kedua-dua arah.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus)
dilaporkan perlahan berikutan jumlah kenderaan yang bertambah menghala
ke utara.
Menurut jurucakapnya, lorong kanan di KM194.9 dari utara Taiping ke
Bukit Merah telah dibuka tetapi trafik masih sesak walaupun kerja-kerja
pengalihan akibat kemalangan telah selesai.
Beliau, bagaimanapun berkata kebanyakan aliran trafik lebuh raya utama di sekitar ibu negara dilaporkan bergerak lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment