Najib perlu beri penjelasan segera
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi
penjelasan kepada ahli-ahli Parlimen menerusi satu sidang tergempar
berhubung kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) semalam.
Menurut Wan Azizah, selain itu, beliau turut menggesa Kabinet supaya
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar satu Suruhanjaya
Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tuduhan berkenaan.
“Saya menggesa Kabinet untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya
Suruhanjaya Siasatan Di-Raja ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan wang
RM14 bilion telah dilarikan dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)
dari 2009 ke 2015 serta mencadangkan agar individu-individu yang
terlibat dihadapkan ke mahkamah,” katanya menerusi kenyataan yang
dikeluarkan, hari ini.
Semalam, DOJ menyatakan bahawa Kerajaan Amerika Syarikat akan mengambil
alih aset bernilai lebih RM4 bilion (AS$1 bilion) yang berkait rapat
dengan satu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram dari 1MDB.
Selain itu, DOJ juga telah menamakan individu-individu yang didakwa
terlibat dalam konspirasi berkenaan iaitu anak tiri kepada Perdana
Menteri, Riza Aziz, ahli perniagaan, Jho Low, Khadem Abdulla Al-Qubaisi
dan Mohammed Ahmed Badawy Al-Husseiny.
Dalam pada itu, Wan Azizah turut yakin bahawa rakyat negara ini mahukan
Najib untuk mengambil cuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak timbul
syak wasangka serta salah guna kuasa untuk melengah atau menghalang
siasatan penuh terhadap isu serius ini.
“Memandangkan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri memberikan beliau
kuasa dan pengaruh ke atas agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam
Negara, Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), maka beliau harus mengambil cuti sebagai Perdana
Menteri,” katanya.
3 orang berkata:
Dia petlu minta pandangan penasihat tg hj yahadi al-pasi.
Aik!? Harong deng dan hadi tak beri nasihat ke? Bukankah najib dipuji melambung lambung oleh 2 pak lebai tuu? Najib tak bersalah katanya. Ini mesti kerja jahat rafizi, lge dan anwar. Mungkin juga kerja sabotaj puak dap kafir harbi.
Công ty in ấn chuyên nghiệp tại hà nội, với nhiều năm kinh nghiệm cùng xưởng in hiện đại & nhân viên giỏi. In Nguyễn Gia là địa chỉ in ấn uy tín được nhiều khách hàng tín nhiệm tại Hà Nội & trên toàn quốc.
Xem chi tiết dịch vụ của chúng tôi tại :
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
dịch vụ thiết kế shop thời trang
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
Chúng tôi luôn đặt chất lượng công việc, tiến độ để hoàn thành với mọi yêu cầu khách hàng.
Post a Comment