Najib kemuka syarat penyelesaian luar mahkamah
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengemukakan cadangannya mengenai syarat bagi penyelesaian di luar
mahkamah dalam saman fitnah beliau terhadap Harakahdaily berhubung
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam beliau Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitahu pemberita hari ini
bahawa cadangan penyelesaian di luar mahkamah itu dikemukakan kepada
Harakahdaily pada 4 Julai.
Beliau berkata bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 Julai ini sebagai
tarikh pengurusan bagi satu lagi kes berhubung perkara itu kerana peguam
yang mewakili Harakahdaily, alat sebaran Pas, memerlukan masa untuk
mendapatkan arahan daripada klien mereka berhubung syarat berkenaan. Hafarizam tidak menyatakan syarat itu.
Perkara mengenai pengurusan kes itu ditetapkan di hadapan Presiden
Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kamarnya hari ini bagi
membolehkan pihak terbabit memaklumkan kepada hakim tentang hasil
cadangan untuk menyelesaikan kes
berkenaan.
berkenaan.
Peguam-peguam Datuk Takiyuddin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud hadir bagi pihak Harakahdaily.
Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan
Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya berhubung sebuah artikel
berunsur fitnah yang ditulis Rosli yang disiarkan Harakahdaily pada 19
Februari 2015.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa artikel itu menggambarkan
bahawa beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan itu berniat
mencemarkan nama baiknya.
Beliau mendakwa Taufek tidak mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab
dan tidak mendapatkan pengesahan tentang ketepatan kandungan tulisan
Rosli sebelum Harakahdaily menyiarkannya.
Pada 15 Jun lepas, Najib memperoleh perintah daripada Mahkamah Rayuan
untuk menangguhkan sementara pendengaran saman fitnahnya terhadap
Harakahdaily sementara menunggu keputusan dua rayuan beliau.
Rayuan itu ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan
Najib pada 7 April lepas untuk meminda pernyataan tuntutannya bagi
memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Satu lagi rayuan ialah mengenai keputusan Mahkamah Tinggi menolak
permohonan Najib pada 23 Mei lepas supaya saman itu diputuskan mengikut
undang-undang tanpa perlu mengadakan perbicaraan penuh. –Bernama
2 orang berkata:
Wahai hamba Allah pohon lah pertolongan kpd DIA, ikhiar banyak cara nya,Jauhilah perbuatan syirik, Berjudi-Haram tetap haram.
Wahai hamba Allah pohon lah pertolongan kpd DIA, ikhiar banyak cara nya,Jauhilah perbuatan syirik, Berjudi-Haram tetap haram.
Post a Comment