‘Kalau benci pun jangan melampau sangat’
SHAH ALAM – Pas mengingatkan mana-mana pihak yang menuduh parti Islam
itu membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak menabur fitnah.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, parti itu hanya mengingatkan
sahaja kerana tidak mahu AS menjadikan isu pendedahan DOJ itu sebagai
alasan untuk melakukan sesuatu kepada negara ini.
“Tak habis-habis hendak fitnah kepada Pas. Terbaru kata Pas bela
(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) kerana isu kenyataan DOJ
mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat.
"Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.
“Pas hanya mengingatkan sahaja. Siapa tidak kenal AS terhadap negara
umat Islam. Kononnya Osama Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang
terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa
yang terjadi.
"Di Syria, atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini
peringatan umum. Pas konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya
dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, DAP mendakwa Pas membela Najib selepas Presidennya, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang mengatakan sebarang tuduhan mahupun dakwaan
terhadap Perdana Menteri perlu disertakan dengan bukti dan saksi yang
adil.
Menyentuh soal pendedahan DOJ mengenai dua rakyat Malaysia, Riza Aziz
dan Jho Low, Idris menyarankan agar tindakan diambil ke atas mereka.
“Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu
ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan
nanti.
“Ini proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika
melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang
di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain. Kamu buat,
kamu mesti bertanggungjawab,” katanya.
Rabu lalu, DOJ dilaporkan cuba mendapatkan kembali 17 aset bernilai
lebih RM4 bilion melibatkan rumah mewah, jet peribadi dan karya seni
diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan melalui dana
1MDB.
5 orang berkata:
Bila kes pecah amanah 1mdb terbarai dan melibatkan kerugian billion wang rakyat, pemimpin pis cuma jadi tunggul kayu. Tugas parti pembangkang adalah untuk asak parti pemerintah. Presiden parti pis pun tak pedulikan kes itu, sepatutnya pm disoal sekurang2nya di parlimen. Kalau dah tak sebulu dgn majoriti rakyat maknanya bersekongkol laa dgn PM. Tak perlu khatam al quran utk baca sifir pis.
Jangan jadi tolol. Yang mrnjadi majorit ialah BN sekatang. Ini telah tetbukti melalui Pru 13.
Majoriti rakyat mano yang kau maksudkan? Yang menyalak di tepi jalan? Atau yang menjilat jubor madey dan guan eng?
Guan eng yang nyata telah didakwa,menagapa pkr dan pan terus membisu? Konon nya pendakwaan politik. Apa cina tak reti makan rasuah?
Atau PKR dan PAN ni betul seperti kata Nabil..pembangkan mulut longkang? Atau tukang jilat dan tukang cuci kandang babi Cina DAP?
Pi jilat jubor mak lu?
Pi cuci fuki mak lu?
Post a Comment