Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OTAK DAH BEBAL CAKAP IKUT SUKA

Jangan kaitkan kami dengan IS’‎
Datuk Dr Musa Mohd Nordin
Dr Musa Mohd Nordin

SHAH ALAM - Tidak wajar hanya melabelkan perjuangan rakyat Malaysia terhadap pembebasan Palestin sebagai pintu kepada aktiviti militan IS.

Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata, contoh yang diberikan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam sebuah portal berita dengan mengaitkan nama Palestin adalah satu contoh yang sangat simplistik.

“Pandangan beliau terhadap tercetusnya sikap pelampau Islam adalah amat simplistik. Ini kerana, pada hakikatnya, pengembangan ideologi ekstrem IS melibatkan segelintir kecil penganut Islam sahaja.

“Sebenarnya, banyak faktor lain yang turut menyumbang kepada kefahaman ekstrem IS dan amatlah tidak wajar serta naif bagi beliau memberikan suatu pandangan yang simplistik,” katanya melalui kenyataan media bersama Pengerusi BDS Malaysia, Prof Mohd Nazari Ismail dan Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Menurutnya, banyak faktor lain yang menyumbang kepada fahaman keganasan melampau dan bukan hanya mengaitkan dengan perjuangan pembebasan Palestin.

“IS banyak menggunakan internet dan media sosial dengan cara yang sangat sofistikated. Ia mengumpan mangsa ke arah suatu kefahaman idealistik bahawa suatu khalifah Islam global akan bangun memerintah manusia dengan undang-undang syariah melalui kuasa agama, politik dan ketenteraan.

“Mereka yang terpengaruh dengan kefahaman ini akan mempunyai pemikiran sesat bahawa orang-orang yang menentang IS boleh dilabelkan sebagai kafir harbi atau munafik dan boleh dibunuh secara sah,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Musa tidak menafikan bahawa memang wujud segelintir kecil dalam kumpulan ekstremis yang turut menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“Namun demikian, hampir kesemua aktivis pro-Palestin sama ada dari kalangan orang Islam dan bukan Islam, menentang secara damai penaklukan, penjajahan dan penindasan rakyat Palestin oleh Zionis Israel.

“Sebaliknya, IS dan Al-Qaeda pula seolah-olah bisu terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin. Bahkan, mereka telah memerangi semua orang bukan Islam secara rambang serta orang Islam yang tidak menyokong fahaman ekstrem, seperti terbukti dengan serangan ganas mereka baru-baru ini di Malaysia, Indonesia dan Arab Saudi. Yang anehnya, negara Zionis Israel pula telah terselamat dari tindakan ganas mereka,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.