Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS AKAN LETAK CALON


Pas akan letak calon jika ada PRN P Pinang
Abdul Hadi Awang
Hadi Awang

ALOR SETAR - Pas akan meletakkan calon di setiap kerusi Dun di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya mengejut diadakan di negeri itu.    

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun akan bertanding secara bersendirian, Pas mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan di negeri itu yang boleh membantu calon parti untuk menang.    

"Kita (Pas) ada kekuatan di negeri itu kerana sejarah penubuhan parti ini di Pulau Pinang. DAP dan PKR perlu sedar mereka bergantung kepada akar umbi kita (Pas) untuk menang pada pilihan raya umum (ke-13) lalu," katanya.    

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada Pas akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu sekiranya diadakan semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.    

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata Pas tidak menolak untuk berkerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  sekiranya parti itu nanti tidak lari daripada matlamat dan perjuangan Islam.

Katanya, Pas sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk bekerjsama dengan semua pihak dengan syarat parti itu tidak mengganggu dasar Islam yang dibawa oleh Pas sejak awal penubuhannya.    

"Kita (Pas) tidak ganggu dasar yang dibawa DAP dan mereka yang ganggu dasar Pas, kita bertegas dengan perkara ini dan akhirnya mereka (DAP) keluar daripada Pakatan Rakyat yang turut disertai PKR.    

"Pas hari ini terus konsisten dengan dasar yang diperjuangkan sejak dahulu lagi. Blok ketiga yang diwujudkan oleh Pas, telah berkerjasama dengan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik," kata Abdul Hadi. - Bernama

2 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Aku sangat setuju PAS letak seberapa ramai calon jika Pulau Pinang mengadakan PRN sebab negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Jika kemenang berpihak kepada BN, BN lah sebagai pemerintah atau kemenangan berpihak pada PAS maka PAS lah yang memerintah. Rakyat sahajalah yang bakal menerima bahana dari perbalahan parti-parti politik di Malaysia.

Ir Anonymous said...

Waktu PAN bertanding di PRK Perak dan Selangor tak terkeluar pulak perkataan bahana dari KPKB.. Tak perlu gelisah, Allah kan ada.. kpdNyalah tempat kita semua bergantung..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.