Cemar kemuliaan Syawal, Pas bantah konsert Selena Gomez
SHAH ALAM – Pemuda Pas menzahirkan bantahan ke atas penganjuran
konsert ‘Selena Gomez-The Revival Tour’ yang akan diadakan diadakan di
Stadium Melawati Shah Alam pada 25 Julai depan.
Ini kerana menurut pihak Pemuda Pas, kemunculan penyanyi dari Barat itu dikatakan mencemarkan kemuliaan Syawal.
Menerusi satu kenyataan hari ini, pihaknya berkata, kerajaan sepatutnya
merujuk terlebih dahulu Garis Panduan Hiburan yang telah diterbitkan
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kemunculan artis kelahiran Amerika yang sinonim dengan penampilan
seksi ini adalah mencemarkan kemuliaan bulan Syawal yang sedang diraikan
dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan oleh umat Islam dan
menghidupkan lagi budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di
negara ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dr Zakir Naik: Komen sentap PU Azman]
“Kerajaan sepatutnya merujuk dan menguatkuasakan garis panduan yang
diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada tahun lalu
(untuk kelulusan sebarang penganjuran konsert),” kata pihaknya seperti
yang dipetik dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, pihaknya turut melahirkan rasa kesal berikutan
kebenaran penganjuran pihak berkuasa kepada pihak penganjur konsert
tersebut.
“Kami harap Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga dapat mengeluarkan
kenyataan bantahan atau surat rasmi bagi menyekat kehadiran Selena Gomez
yang jelas boleh merosakkan aqidah, ibadah dan akhlak umat Islam.
“Kerajaan atau pihak berkuasa pula sepatutnya perlu lebih tegas dan
cermat sebelum meluluskan sesuatu penganjuran konsert. Adalah menjadi
keutamaan dan tanggungjawab kami untuk memastikan tidak wujud
unsur-unsur yang boleh merosakkan generasi muda Malaysia,” katanya lagi.
1 orang berkata:
jordan 6
converse outlet store
yeezy boost
pandora charms
true religion
light up shoes
moncler jackets
nike air max 90
under armour curry 3
adidas eqt support adv
Post a Comment