PRN P.Pinang bukan soal bela Guan Eng
SHAH ALAM – DAP menafikan dakwaan yang mengatakan keputusan kerajaan
negeri Pulau Pinang untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN)
semata-mata untuk membela Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.
Namun Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook akui
kes yang melibatkan Guan Eng di mahkamah baru-baru ini menjadi penjana
kepada keperluan mengadakan pilihan raya tersebut.
“Objektif untuk kita menang pilihan raya negeri ini bukan soal Guan Eng
kerana ia tak dapat mempengaruhi keputusan mahkamah. Mahkamah akan
meneruskan pendakwaan itu, memang kita tahu apa pun keputusan PRN,
pendakwaan terhadap Guan Eng tidak akan digugurkan.
“Jika Guan Eng disabit bersalah, beliau tidak boleh memimpin Pakatan
Harapan di Pulau Pinang selaku ketua menteri. Jika beliau memimpin
Pakatan Harapan untuk menghadapi PRN ini, ia memberi kelebihan dari segi
kempen pilihan raya dan kalau kita menang, buat sementara waktu beliau
akan jadi ketua menteri sehinggalah kes mahkamah diselesaikan,” katanya
memetik laporan Roketkini.
Keputusan DAP untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang masih belum direstui
rakan sekutunya, PKR dan Guan Eng dilaporkan berkata akan terus memujuk
PKR untuk setuju dengan cadangan itu.
Sebelumnya, Guan Eng berkata beliau bimbang pentadbiran kerajaan negeri
akan terjejas jika beliau dipenjarakan atas dua pertuduhan rasuah yang
sedang dihadapinya.
Ketika ditanya alasan DAP tidak menunggu PRU14 yang sudah semakin
hampir, Anthony Loke berkata, tempoh pilihan raya selama ini ditentukan
BN di mana memberi kelebihan kepada parti pemerintah itu.
“Selama ini, waktu dan bila pilihanraya itu diadakan ditetapkan oleh
Presiden Umno selaku Perdana Menteri. Dia akan mencari suatu masa yang
paling baik dan sesuai untuk BN bagi mengadakan pilihanraya.
“Pilihan raya di Semenanjung Malaysia selama ini ditentukan BN. Apabila
dia rasa wujud momentum sokongan terhadap dia, dia adakan pilihan
raya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau akui Pakatan Harapan mungkin berdepan risiko kehilangan banyak kerusi kepada BN dalam PRN itu.
“Tetapi apakah kita nak selalu hanya memikirkan atau mempunyai fikiran
negatif? Maksudnya sebelum masuk gelanggang pun kita rasa kita sudah
kalah?
“Kalau kita masuk gelanggang dan fikir kita akan kalah, pencapaian tak
baik, saya nak tanya balik, bagaimana kalau kita dapat kemenangan dan
pencapaian yang lebih besar? Bukankah itu akan menjana satu gelombang
untuk PRU14?,” tanyanya.
Katanya, pihaknya sanggup mengambil risiko demi melawan semula pendakwaan politik yang berlaku.
6 orang berkata:
Parti ajaran sesat buat mesyuarat kat krabi.
Rumah orb banjir dan siap ker?
Karbi hampir sama dengan Harbi.Jadi tukar aje dari sebutan Pakkarmu kepada Pak Karbi.lebih sesuai dengan apa yang ada dalam fikiran kamu.
Utk Islam sebab tu mesyuarat di Krabi.
Tahun depan buat kat jerman k.
Pak karamu tak gi krabi?
Boleh cuci mata kat sana..
Beli banglo murah di PP,
Bersoladiriti bersama perasuah di PD,
Kalau PAS ada sayap DHPP,
DAP pula ada sayap DHPD (baca PAN).
,,.,KISAH NYATA ,
Aslamu alaikum wr wb..Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga dan mencapai kesuksesan yang luar biasa,
mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki, namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yng saya punya,
akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 800 juta ,
saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma,
istri saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk,
demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya,
Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan KI WONGSO hidupnya kembali sukses,
awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir dan melihat langsung hasilnya,
saya akhirnya bergabung dan menghubungi KI WONGSO di No +62852-9958-5055.
Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
kini saya kembali sukses terimaksih KI WONGSO saya tidak akan melupakan jasa AKI. JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT,
YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH, SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB KI WONGSO DI +62852-9958-5055. (TANPA TUMBAL/AMAN).
Post a Comment