Tak hormat sensitiviti umat Islam
IPOH - Pas Perak menyifatkan tindakan memasukkan karikatur menghina
sambutan Aidilfitri ke Facebook Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming
sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, Ahli Parlimen Taiping tersebut
perlu lebih prihatin dan tidak mengganggu gugat keharmonian masyarakat
majmuk di negara ini.
“Beliau perlu lebih peka dengan budaya masyarakat di negara ini yang terkenal dengan pelbagai budaya dan perayaan.
“Jangan bermain politik sehinggakan hilang budaya menghormati perayaan
sesuatu kaum dan agama itu. Perkara begini amat mengecewakan,” katanya.
Ditanya tindakan polis membuka kertas siasatan berhubung perkara itu
mengikut Akta Hasutan 1948, beliau berkata, pasukan keselamatan bebas
membuat siasatan terhadap mana-mana individu yang disyaki melakukan
perkara di luar jangka.
Katanya, Kor Ming juga harus bertanggungjawab dengan tindakan yang telah dilakukan itu.
“Bagi kita, biarlah polis sendiri yang menyelesaikan perkara-perkara seumpama ini,” katanya.
3 orang berkata:
Tu pun ada lg segelintir melayu Islam yg tak sedaq, dok sokong cina dap jg.
Tu pun ada lg segelintir melayu Islam yg tak sedaq, dok sokong cina dap jg.
Masalahnya PH salah sangka iaitu seolah2 DAP itu Cina dan Cina itu DAP.. Mana mungkin begitu.. Jadi bila PAS tinggalkan DAP bukan bermakna Cina itu ditinggalkan oleh PAS begitu shj..
Post a Comment