Konspirasi jatuhkan PM: Abu Kassim, Zeti enggan ulas
KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed enggan mengulas lanjut dakwaan
beliau terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Bagaimanapun Abu Kassim hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya.
"Saya tak boleh komen isu itu malam ini. Saya hanya akan keluarkan kenyataan rasmi esok selepas berjumpa dengan peguam saya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, di sini, malam ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Guling PM: Gani kata, muslihat cari publisiti]
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno dakwa tiga individu komplot gulingkan PM]
Siang tadi, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap Abu Kassim dan dua inividu lain iaitu bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz serta bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Khairul Azwan dalam laporan polisnya mendakwa ketiga-tiga individu berpengaruh itu dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.
Khairul yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, juga mengesyaki mereka memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).
Dalam majlis sama, Zeti yang ditemui pemberita juga enggan mengulas lanjut laporan polis itu, sambil menegaskan beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.
"Saya tidak akan membuat sebarang komen tanpa majlis perundangan saya," katanya.
Sebelum itu, Abdul Gani menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai mencari publisiti murahan.

3 orang berkata:
konspirasi politik dapat menggoyahkan sebuah negara
cegah konspirasi
jangan ikut terjerumus konspirasi
Post a Comment