1MDB jadi bahan serangan politik
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh
Said Keruak berkata 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan
politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan
ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Menurutnya, terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, yang
kemudian dibuktikan tidak benar - dalam hal ini pengesahan itu dibuat
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.
"Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan
berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak
bersalah sehingga terbukti bersalah.
"Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan
terbukti di mahkamah," katanya ketika mengulas tindakan Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Salleh berkata, derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan.
"Selepas siasatan menyeluruh oleh banyak pihak berkuasa, telah disahkan
dana itu adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi seperti yang
dinyatakan oleh menteri luar Arab Saudi pada 14 April," katanya. - Berna
1 orang berkata:
Công ty in ấn chuyên nghiệp tại hà nội, với nhiều năm kinh nghiệm cùng xưởng in hiện đại & nhân viên giỏi. In Nguyễn Gia là địa chỉ in ấn uy tín được nhiều khách hàng tín nhiệm tại Hà Nội & trên toàn quốc.
Xem chi tiết dịch vụ của chúng tôi tại :
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
dịch vụ thiết kế shop thời trang
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
Chúng tôi luôn đặt chất lượng công việc, tiến độ để hoàn thành với mọi yêu cầu khách hàng.
Post a Comment