Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BOLEH NAK TUTUP LAGI


1MDB: Mahasiswa tuntut tubuh RCI
1MDB: Mahasiswa tuntut tubuh RCI

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Malaysia menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan telus.

Wakilnya, Hashim Ali mendakwa, tuntutan itu dibuat susulan hasil siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih tidak kelihatan sehingga kini.

"Kami menggesa Kabinet untuk menasihat Yang Dipertuan Agong untuk menitahkan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Kami tidak mahu PAC kerana sampai hari ini kita tak dapat lihat apa itu laporan PAC.

"Jadi, RCI ini perlu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan RM4 bilion yang dilarikan sejak 2009 hingga sekarang serta menghadapkan individu bertanggungjawab ke mahkamah," katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Kelmarin, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan  saman untuk merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa  dari syarikat tersebu yang  bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion.

Difahamkan, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet.

Dakwa Hashim, beliau membuat laporan polis kerana risau dengan keadaan yang menimpa negara sekarang.

"Sungguh malu nama negara kita di luar dan sikap sambil lewa yang diamalkan oleh PDRM dan kerajaan Malaysia amat merungsingkan kami sebagai anak muda untuk duduk dalam negara yang selamat.

"Saya di sini tampil membuat laporan polis agar Datuk Seri Najib sebagai Ketua Penasihat Lembaga Pengarah 1MDB yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku ini.

"Kami juga ingin menggesa pihak polis membuat siasatan yang tegas kepada CEO 1MDB, Jho Low, Riza Aziz dan kesemua ahli lembaga pengarah yang terlibat kerana wang rakyat telah diseleweng. Ini harus diambil serius," katanya.

Beliau turut menyarankan Perdana Menteri berundur atau sekurang-sekurangnya mengambil cuti sehingga kes ini selesai.

"Agar tidak timbul syak wasangka, salah guna kuasa untuk melengah atau menghalang siasatan penuh ke atas isu yang serius ini," katanya.

1 orang berkata:

Seotop1 said...

Professional printing company in Hanoi, with many years of experience with modern printing workshop & excellent staff. In Nguyen Gia is a prestigious printing address trusted by many customers in Hanoi & across the country.
See our service details at:
in ky yeu
kỷ yếu
in phong bì giá rẻ
báo giá in thẻ nhựa
công ty in lịch
thiết kế cửa hàng quần áo đẹp
báo giá in kẹp file
in name card visit
báo giá in lì xì
We always put the quality of work, progress to complete with every customer request.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.