Kelantan disaran bubar Dun
MACHANG - Kerajaan Kelantan disaran membubarkan Dun lebih awal berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan Pas di negeri ini.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
berkata, kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin Pas dapat
dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.
Menurutnya, Kerajaan Kelantan perlu mengikut jejak langkah Pulau Pinang
untuk membubarkan Dun bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.
“Kesepakatan Kerajaan Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas
berkecamuk, jadi lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat lebih
awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan
rakyat.
“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan
beberapa Adun sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Kerajaan
Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka
Aidilfitri Umno Bahagian Machang dan Ahli Parlimen Machang, semalam.
Kira-kira 15,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang.
Menariknya, semalam juga merupakan tarikh bermakna buat Ahmad Jazlan
apabila genap setahun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri
ini lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal
urus tadbir dan kepercayaan rakyat.
“Bagi saya, kalau Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini,
mereka perlu membubarkan Dun dan memberi semula mandat kepada rakyat.
“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik
dalam kalangan pemimpin Pas, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat
berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.
Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Umno
Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila
masa sahaja.
“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada
musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau
lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk
kepentingan parti,” katanya.
4 orang berkata:
Setuju sangat umno ambil alih Kelantan. Banyak sangat kegagalan kerajaan pas dlm memerintah. Lihat Terengganu dan Kedah bertambah maju sekarang, peluang kerja pun banyak jika dibandingkan dgn zaman pas suatu ketika dahulu. Syukur
Bila guru disiplin masuk seluruh kelas terus senyap,
Lantas masing2 berpura2 mentelaah buku sejarah,
Memanglah adat penyokong bebal
mudah ditipu oleh pemimpin bengap,
Tanpa maruah muka selamba
bersolidariti bersama para perasuah.
,,.,KISAH NYATA ,
Aslamu alaikum wr wb..Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu akbar
Bismillahirrahamaninrahim,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini,
sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang property rumah tangga dan mencapai kesuksesan yang luar biasa,
mobil rumah dan fasilitas lain sudah saya miliki, namun namanya cobaan saya sangat percaya kepada semua orang,
hingga suaatu saat saya ditipu dengan teman saya sendiri dan membawa semua yng saya punya,
akhirnya saya menaggung utang ke pelanggan saya totalnya 470 juta dan di bank totalnya 800 juta ,
saya stress dan hamper bunuh diri anak saya 2 orng masih sekolah di smp dan sma,
istri saya pergi entah kemana dan meninggalkan saya dan anakanaknya ditengah tagihan utang yg menumpuk,
demi makan sehari hari saya terpaksa jual nasi bungkus keliling dan kue,
ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya,
Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan KI WONGSO hidupnya kembali sukses,
awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama satu minggu saya berpikir dan melihat langsung hasilnya,
saya akhirnya bergabung dan menghubungi KI WONGSO di No +62852-9958-5055.
Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Demi AllAH dan anak saya,
akhirnya 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha,
kini saya kembali sukses terimaksih KI WONGSO saya tidak akan melupakan jasa AKI. JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT,
YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH, SAYA SUDAH BUKTIKAN DEMI ALLAH SILAHKAN HUB KI WONGSO DI +62852-9958-5055. (TANPA TUMBAL/AMAN).
Post a Comment