Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA MOLA GADOH

Tun Mahathir bidas buku Musa Hitam
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Bercakap terus terang tidak bermakna bercakap benar. Demikian respons terbaharu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap buku yang ditulis bekas timbalannya, Tun Musa Hitam.

Menurut Mahathir, buku tersebut berniat untuk menyalahkan beliau atas segala yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.

“Buku Musa adalah bahan bacaan yang menarik. Sudah tentu Musa tidak menyalahkan dirinya untuk apa-apa. Dia suci dan tidak bersalah seperti bayi yang baru lahir. Ini yang menjelaskan mengapa dia begitu popular,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya, hari ini.

Musa melancarkan bukunya baru-baru ini selepas 15 tahun dengan mencurahkan segala yang dipendam sepanjang 30 tahun beliau berada dalam dunia politik termasuk mengakui sudah penat menjadi kambing hitam dalam peristiwa Memali.

Dalam tulisan blognya, Mahathir mendakwa Musa telah menemuinya untuk mendapatkan sokongan beliau untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno melawan Tengku Razaleigh Hamzah.

“Saya bersedia untuk bersumpah atas al-Quran bahawa dia telah melakukan ini. Saya tidak bersedia untuk menyokong beliau secara terbuka kerana mungkin saya perlu bekerja dengan Tengku Razaleigh apabila beliau menjadi timbalan presiden dan timbalan perdana menteri jika Musa kalah,” katanya
.
Beliau juga turut akui tidak ingat sama ada pernah menyuruh bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid berkempen membantu Musa menentang Razaleigh seperti yang didakwa Sanusi sebelum ini.

“Dalam pertandingan itu Musa menang dan dilantik sebagai timbalan perdana menteri oleh saya. Tetapi beliau tidak berpuas hati saya mengekalkan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet saya.

“Beliau membayangkan bahawa saya perlu menggugurkan Tengku Razaleigh sama sekali. Saya tidak dapat berbuat demikian kerana saya akan kehilangan penyokong-penyokong Tengku Razaleigh,” katanya.

Penjelasan Sanusi ini dilihat bercanggah dengan dakwaan bekas ketua pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mengesahkan wujud gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin dan Sanusi.

Dalam bukunya itu, Musa menamakan Anwar, Daim dan Sanusi sebagai pemimpin Umno yang membuat tuduhan palsu ke atasnya cuba menggulingkan Mahathir.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.