Beregu lelaki hadiah pingat perak buat negara
HASRAT pasangan beregu lelaki negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying
untuk menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam temasya sukan
Olimpik Rio tidak kesampaian setelah mereka ditewaskan pasangan nombor
empat dunia dari China, Zhang Nan-Fu Haifeng, 16-21, 21-10, 23-21, dalam
perlawanan akhir sebentar tadi.
Pada set pertama, pasangan negara yang menduduki ranking ke 12 dunia
dilihat mudah mengatur perlawanan lantas berjaya menundukkan gandingan
dari China tersebut.
Dalam set kedua, beregu China lebih agresif mengatur permainan dan
menyebabkan pasangan negara melakukan kesilapan serta memberi mata buat
pihak lawan.
Pada set ketiga, V Shem dan Wee Kiong beraksi dengan baik namun nasib
tidak menyebelahi mereka apabila Zhang Nan-Fu Haifeng meraih kemenangan
pada set penentuan tersebut.
Selain daripada itu, pasangan China turut menggunakan peluang serta
ruang yang terhidang dengan sebaiknya sehingga memaksa regu negara
bekerja keras untuk mengekang kemaraan mereka.
Walaupun tewas di pentas akhir, gandingan negara sudah menunjukkan
prestasi yang baik dan turut mencipta sejarah baru dalam sukan badminton
negara.
Sewaktu aksi separuh akhir sebelum ini, V Shem dan Wee Kiong
menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi
perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.
Sebelum pertemuan beregu lelaki berlangsung, pemain perseorangan
harapan negara, Datuk Lee Chong Wei turun menggalas cabaran negara dan
berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan seteru
utamanya, Lin Dan, 15-21, 21-11, 22-20.
Dengan kemenangan itu, Malaysia masih mempunyai harapan untuk meraih
pingat emas setelah Chong Wei dijadualkan bertemu pemain nombor dua
dunia, Chen Long dalam aksi yang akan berlangsung esok.
Dalam pada itu, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dam Goh
Liu Ying sebelum ini turut menghadiahkan negara pingat perak setelah
tewas kepada pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad
dan Liliana Natsir.
0 orang berkata:
Post a Comment