Raja Kamarul: Kenapa agamawan, ulama membisu?
SHAH ALAM – Agamawan dan ulama diminta tidak hanya ‘membisu’ ketika
anak muda sudah memulakan langkah menyuarakan keluhan terhadap isu yang
melanda negara.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, ia sepatutnya sebahagian peranan dan
tanggungjawab ulama dalam menentang kemungkaran yang berlaku di dalam
negara ini.
“Kami dari Amanah menyambut baik semangat keberanian anak muda yang
menghadapi pelbagai dugaan pemotongan bantuan murid miskin dari RM200
juta sehingga tinggal hanya RM10 juta sahaja yang diluluskan di
Parlimen, pemotongan biasiswa, tuntutan pinjaman PTPTN (Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan peningkatan kos sara hidup.
“Ayah dan emak mereka pula dikenakan GST, kenaikan harga minyak serta
elektrik dan kejatuhan nilai ringgit yang membebankan tanggungan
anak-anak yang belajar di luar negara.
Setelah susah payah mendapat
ijazah mereka bergelut pula membayar hutang PTPTN dan itu pun kalau
bernasib baik mendapat pekerjaan. Itulah nasib yang menimpa anak muda
hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Raja Kamarul turut membidas sikap membisu agamawan apabila seorang
mufti dikritik kerana cuba bersuara atas isu panas yang melanda negara.
Menurut Raja Kamarul, agamawan dan ulama bukan hanya ‘menutup sebelah
mata’ atas isu tersebut malah turut menutup kedua belah mata apabila
melihat mufti tersebut dikritik.
“Kalau anak muda telah bersuara, kenapa para agamawan telah ‘bersara’
dari menjalankan tanggungjawab mereka ? Ramai anak muda yang menaruh
harapan yang tinggi untuk para ulama menjadi penyelamat Ummah. Ramai
yang sayang kepada para ulama dan agamawan yang makin sering
mengecewakan rakyat.
“Semua orang yang memegang tugas mesti menjalankan tanggungjawab mereka
seperti kami bersuara di Parlimen. Ahli politik pembangkang telah
bersuara, anak muda telah bersuara... bagaimana yang belum bersuara?,”
soalnya.
1 orang berkata:
agamawan malas nak terlibat sebab nak tengok orang2 jenis cakap besor ni hebat sangatkah. kalau join pun kredit ambik kat dia. macam2 dia pusing cerita nanti konon nya sebab dia la program tu menjadi....orang yang letih akhirnya diperbodohkan. haha...pandai2 la ko la. cakap banyak tak payah.
awak buat cara awak...agamwan buat cara dia. takde kewajipan kena ikut cara ko
Post a Comment