Chong Wei tewaskan Lin Dan, mara ke final
MALAYSIA berpeluang untuk memperoleh pingat emas
selepas pemain sandaran negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke
pusingan akhir setelah menewaskan pencabar terdekatnya dari China, Lin
Dan dalam aksi yang penuh mendebarkan sebentar tadi.
Dalam saingan tersebut, Chong Wei menewaskan Lin Dan dengan catatan
mata, 15-21, 21-11, 22-20, dalam perlawanan yang berlangsung di Pavilion
4,Riocentro.
Pada set pertama, Chong Wei dilihat kurang agresif sehingga membuka
ruang buat Lin Dan untuk memperoleh mata sekali gus menang dengan mata
21-15.
Namun begitu, bagi mencapai misi emas negara, Chong Wei bangkit pada
set kedua dan ketiga lantas memenangi perlawanan itu dengan mata, 21-11,
22-20 dalam tempoh 33 minit.
Menerusi rekod perlawanan sebelum ini, Chong Wei dan Lin Dan pernah
bertemu sebanyak 36 kali di peringkat antarabangsa di mana Lin Dan
memenangi perlawanan sebanyak 25 kali manakala Chong Wei pula sebanyak
11 kali.
Namun begitu, rekod menerusi dua perlawanan terakhir sebelum ini dilihat lebih memihak kepada Chong Wei.
Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong
yang mencipta kejutan semasa di peringkat separuh akhir bakal turut
menentang pasangan dari China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan
akhir pada jam 10.50 malam ini.
Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying
sebelum ini turut menghadiahkan negara pingat perak setelah tewas kepada
pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad dan Liliana
Natsir.
0 orang berkata:
Post a Comment