Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kerabat gesa Nawawi mohon ampun


Syed Idrus Syed Baharom
Syed Idrus Syed Baharom
ALOR SETAR – Majlis Kerabat Diraja Kedah menzahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kenyataan dibuat Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad yang mendakwa ‘Malaysian Official One’ (MO1) adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

 Yang Dipertuanya, Syed Idrus Syed Baharom berkata, tindakan tersebut adalah tidak berasas dan bertanggungjawab kerana mengaitkan Tuanku yang juga Sultan Kedah dalam isu berkenaan.

“Saya tak faham dengan Nawawi ini, baru-baru ini ramai orang buat laporan polis mengenai masalah ini. Dengar kata benda ini dah macam jenayah, tapi tak mengaku dan mengatakan tidak libatkan Agong pula.

 “Kami sebagai Majlis Kerabat Diraja Kedah rasa kecewa dan kesal mengikut apa yang dibuat oleh Nawawi di Facebooknya mengatakan MO1 itu adalah Agong. Saya tak kisah dia nak sebut apa sekalipun, tapi jangan kaitkan ia dengan Agong,” katanya kepada media, semalam.

 Menurutnya, Nawawi selaku wakil rakyat tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian apatah lagi membuat dakwaan tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak yang mula menyebut MO1 iaitu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat sebelum mendakwa siapa individu yang dimaksudkan.

 “Kalau kata Agong, itu darah daging kami. Saya tak suka orang buat macam ini. Hari ini banyak pihak yang tak kenal siapa Agong, siapa alim ulama dan siapa kadi. Kita kena faham betul-betul siapa itu Agong, adakah Agong layak bersama pihak-pihak lain di negeri ini.

 “Agong sebagai pemerintah, bukan pentadbir. Kenapa libatkan dia? Saya tak mahu dengar lagi cerita macam ini. Selalu kita buat laporan sana... laporan sini... tapi tak ada apa-apa tindakan yang berkesan kerana kelemahan kerajaan kita ataupun pentadbiran negeri-negeri,” katanya.

 Syed Idrus berkata,  jika dibandingkan dengan negara jiran sudah tentu gelaran Datuk yang dimiliki Nawawi akan ditarik semula termasuk dikenakan hukuman penjara sekiranya diambil tindakan.

 “Saya perhatikan pentadbiran hari ini kadang-kadang berat sebelah. Kalau orang yang tak mentadbir atau bukan kerajaan, dia boleh ambil tindakan macam-macam. Tapi kalau kena pada orang yang berkenaan seperti wakil rakyat dan ahli parlimen, mungkin tiada apa-apa tindakan diambil.

“Saya rasa kesal. Sepatutnya kerajaan kena timbang sama rata dan tentukan salah atau benar, jangan pilih bulu. Pada hari ini saya perhatikan banyak yang pilih bulu (berat sebelah),” katanya.

 Tegasnya, mana-mana pihak sekalipun sekiranya ingin berpolitik disarankan supaya tidak melibatkan istana.

 “Ini amaran keras bukan saja kepada Nawawi, tapi sesiapa saja rakyat supaya jangan libatkan perkara-perkara macam ini. Kami pihak Kerabat tak mahu dengar lagi hal macam ini, walau sesiapa pun dengan pihak istana.

 “Dia (Nawawi) patut nilai diri dia. Dia kata macam tak bersalah, macam mana nak minta maaf. Tapi dia pada mata umum bersalah, patut menghadap Tuanku dan minta ampun. Bukan setakat masuk dalam akhbar dan televisyen saja, dia kena atur satu hari minta menghadap Agong dan minta ampun secara rasmi. Kalau minta maaf dalam akhbar ia seperti hilang diambil angin lalu saja,” katanya.

 Tambahnya, apa pun penjelasan Nawawi berhubung maksud MO1, beliau hendaklah mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak berkenaan yang menyebut MO1 sebelum membuat sebarang komen atau dakwaan.

 “Kita nak buat apa-apa pun kena siasat dulu. Dia sebagai ahli parlimen pula kena ambil tahulah. Ini soal maruah paling besar sekali. Dulu orang sanggup berperang kerana maruah,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalu mat sabu yg cakap gitu, unta2, keldai2, walaon2 dan tn hj baghal dah kasi barua sama dia dah.. Tang member ni, dia buat pekak badakkkk aje

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.