Himpunan: Suasana di Masjid Negara masih lengang
KUALA LUMPUR - Keadaan semasa di sekitar Masjid Negara di ibu kota
kelihatan lengang tanpa kelibat peserta Himpunan
#TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) hari ini.
Tinjauan Sinar Online mendapati Masjid Negara hanya menerima kunjungan daripada pelancong dan warga tempatan.
Bagaimanapun, kelihatan anggota polis berkawal di sekitar pekarangan masjid.
Perhimpunan bertemakan hitam dan putih ini dijangka mengambil tempat di
beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk Dataran Merdeka dan
pekarangan kompleks beli-belah Sogo.
Perhimpunan aman ini dijangka bermula jam 2 petang ini.
AKAN MENYUSUL
AKAN MENYUSUL
0 orang berkata:
Post a Comment