Lagu Negaraku iringini ketibaan wira negara
LEBIH 3,000 peminat menyambut wira wirawati negara
yang pulang ke tanah air selepas mengharumkan nama negara di temasya
sukan Olimpik Rio, sebentar tadi.
Atlet tersebut ialah Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V
Shem-Tan Wee Kiony ( beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (
beregu campuran) dan ratu terjun, renang Pandelela Rinong dan Cheong Jun
Hoong.
Turut tiba bersama pemenang pingat di Olimpik itu dari Rio adalah Nur Dhabitah Sabri, Ahmad Amsyar Azman.
Sebaik sahaja atlet melangkah tiba, para peminat dan penyokong
melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' sambil menyanyikan lagu 'Negaraku'
dan 'Barisan Kita'.
Meskipun gagal dalam misi membawa pulang emas pertama negara di temasya
Olimpik Rio, namun kejayaan membawa pulang pingat empat Perak tetap
menerima pujian dan sokongan rakyat Malaysia.
Sebelum itu pesawat tersebut turut menerima sambutan 'water sallute' di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ke Kompleks
Bunga Raya untuk menerima sambutan rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pencapaian negara pada temasya empat tahun sekali ini adalah pencapaian
terbaik apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.
0 orang berkata:
Post a Comment