Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PERNAH FIKIR KETUA PEMBANGKANG


Ketua Pembangkang tidak pernah ada dalam fikiran
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR - "Soal (menjadi) ketua pembangkang tidak ada dalam pemikiran saya," demikian ujar Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditanya tentang kedudukan ketua pembangkang beliau berkata, sehingga hari ini, jawatan ketua pembangkang masih kekal diisi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebaliknya Muhyiddin berkata, fokus utama beliau kini adalah untuk memperkasakan Bersatu.

"Parti Bersatu belum lagi diluluskan. Apabila parti ini diluluskan, kita fokus untuk mendapat sokongan dan keahlian seramai mungkin.

"Begitu juga dengan usaha untuk menubuhkan bahagian-bahagian, membuat persiapan menghadapi PRU14, mengadakan rundingan-rundingan dengan parti sehaluan. Bermakna urusan-urusan ini lebih utama saya. Soal ketua pembangkang tidak ada dalam pemikiran saya," katanya dalam sidang  media Barisan Penaja Bersatu, di sini hari ini.

Ditanya adakah pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai kerusi bagi menghadapi PRU 14, beliau berkata, perkara tersebut merupakan agenda yang perlu diusahakan.

"Selepas sahaja Pendaftar Pertubuhan (RoS) luluskan parti ini, bermakna kita berhak bertanding dalam pilihan raya. Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu) kata kita tidak boleh bersendirian membentuk kerajaan kerana itu mustahil dan sukar.

"Sebab itu untuk tujuan ini, kita mesti ada proses-proses rundingan. Pertama saya sebutkan adalah rundingan menentukan kerusi-kerusi yang akan diperuntukkan kepada parti bersatu untuk bertanding baik diperingkat Parlimen atau Dun. Kita parti pembangkang akan duduk bersama berbincang kerana tidak mahu berlaku pertembungan sesama kita. Ini adalah muafakat," katanya.

Ketika ditanya sama ada Bersatu akan berunding dengan Pas, Muhyiddin menegaskan, pihaknya mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk Pas atau sesiapa sahaja yang berada di pihak pembangkang.

"Hasrat kita adalah untuk kita semua wujudkan barisan pembangkang yang kuat untuk bentuk kerajaan akan datang. 

"Sebab itu mahu atau tidak mahu untuk kebaikan bersama, semua pertubuhan politik sehaluan bergabung tenaga untuk tujuan itu," katanya.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihaknya kini mempunyai data berkaitan pengundi yang telah diperincikan bagi menghadapi PRU14.

"Kita telah ada data dan maklumat yang kita perincikan tentang mana-mana kawasan sesuai. Mungkin sebahagian kerusi ini telah diagihkan kepada Pas atau PKR tetapi kalau mereka faham bahawa tujuan kita adalah untuk bekerjasama, maka asas rundingan akan saya lakukan.

"Apa yang penting adalah peluang untuk meraih kemenangan di mana sesiapa sahaja boleh raih kemenangan, mungkin parti boleh tarik pengundi dan beri kemenangan, parti itu boleh diberikan peluang bertanding. Ini prinsip yang kita akan gunakan dalam rundingan dengan parti-parti," katanya.
Jelasnya lagi, Bersatu turut memberi tumpuan kepada kawasan Umno yang semakin lemah.

"Berdasarkan maklumat, kita tahu di manakah kawasan-kawasan yang kita boleh tembusi.

"Sekarang ini sebahagian kerusi yang dimenangi Umno hari ini semakin hari merosot sokongannya. Kawasan itu jadi tumpuan kita," katanya.

Ditebak persoalan mengenai perjuangan adakah beliau di Parlimen Pagoh, dengan senyuman beliau membalas, "itu Insya-ALLAH kita akan buat keputusan (sama ada mahu bertanding atau tidak di Parlimen Pagoh) bila sampai masanya," ujarnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.