Surat terbuka DAP: Ini jawapan Razlan
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad
Rafii tidak terkejut apabila menerima surat terbuka yang ditujukan
kepadanya oleh 13 anak Melayu dalam DAP.
Tidak mudah melatah dengan situasi itu, Mohd Razlan berkata, beliau
sudah dapat mengagak ia akan terjadi memandangkan beliau pernah diasak
empat anak muda yang berlainan fahaman politik menerusi wacana Sinar
Harian sebelum ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno diasak empat penjuru]
"Saya tak terkejut DAP bergabung dan berbincang bagi mengilhamkan
sebuah karangan yang penuh sarat dengan kebencian terhadap Umno
semata-mata ingin membidas apa yang telah saya perkatakan tempoh hari di
dalam sebuah program debat anjuran Sinar Harian.
"Setelah saya berhujah empat orang menentang saya seorang, hari ini
mereka memerlukan tiga belas kepala pula nak mengupas apa yang saya
utarakan.
"Beginilah sindrom fobia yang wujud dalam DAP apabila setiap kali saya
membangkitkan isu DAP bersikap biadap terhadap bangsa Melayu," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Surat itu mendakwa, walaupun sering didatangi Mohd Razlan ke pejabat
parti itu dengan ugutan, pihaknya masih boleh melayan Mohd Razlan dengan
sopan.
Menurut surat itu, ia sama sekali tidak sama dengan kenyataan Mohd
Razlan di dalam wacana yang mendakwa DAP tidak pernah hormat pada
Melayu, malah menyebut bahawa sekiranya DAP berkuasa, ia tidak akan
pernah hormat pada orang Melayu.
Menurut surat itu lagi, Mohd Razlan sepatutnya sedar parti yang
dipertahakannya itu adalah sebuah parti yang diserang dari segenap sudut
termasuk oleh bekas presidennya sendiri.
"Pun begitu kami ingin menasihatkan Razlan agar memeriksa keadaan dan
menyedari bahawa semakin ramai orang Melayu zaman sekarang tidak makan
dedak dan tahu dengan jelas bahawa selama ini Umno yang meletakkan
Melayu di bawah telapak kakinya.
"Melayu di bawah Umno kini adalah Melayu yang diternak seperti ayam
daging, diberi makan dedak, biar gemuk dan sihat, sebelum nanti
disembelih dengan masalah-masalah seperti cukai barangan dan
perkhidmatan (GST), skandal hutang 1MDB, rompakan Lembaga Tabung Haji,
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), serta ancaman lain ekonomi termasuk risiko bankrap
angkara pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
dan pinjaman isi rumah yang melangit.
"'Ayam-ayam' dibela Umno ini disumbat dengan rasa takut hilang kuasa
dan rasa takut kepada Cina. Inilah Melayu yang dididik Umno agar ia
boleh diserkup dan disembelih dengan mudah, bagi melanjutkan kekuasaan
elit Melayu dalam Umno yang kenyang dengan hasil menjarah dompet dan
saku rakyat.
"Razlan sewajarnya sekali sekala melihat cermin dan bertanya kepada diri sendiri: Melayu jenis apakah yang beliau sudah jadi?
"Kecewa juga kami kerana tidak menerima jemputan Sinar Harian. Mungkin
Sinar Harian pun tidak begitu sanggup menerima hakikat bahawa DAP sudah
ramai anggota dan pimpinan anak muda Melayu," surat itu dipetik.
Mohd Razlan dalam kenyataan sama turut mempertahankan Sinar Harian
sebagai penganjur forum tidak harus dipersalahkan kerana tajuk yang
dibincangkan hanya berkait dengan anak Melayu mewakili parti Melayu.
"DAP juga mengadakan banyak forum yang dilaksanakan dengan menggunakan
bukan bahasa kebangsaan, dan jangan salahkan Sinar Harian kerana tidak
menjemput DAP.
"DAP tidak berhak membicarakan orang Melayu, Cina dan India termasuk
Kadazan, Iban, Muruk dan lain-lain. Kerana DAP adalah parti sosialis
yang tidak akan menerima bangsa sebagai kepentingan negara," katanya
lagi.
1 orang berkata:
Sebelumnya perkenalkan nama saya IBU LILIS SUSANTI di jawa timur ingin menceritakan kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling susah kampungku,buat makan aja harus ngutan dulu ama tetangga itupun kalau ada yg mau ngasi,semakin saya berusaha semakin susah juga dapat pekerjaan dan selama saya ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang benci ama saya dan cuma dianggap orang rendah,miskin,tidak punya apa-apa. Maka dari itu saya akhirnya bertekat untuk pergi mencari dukun yang bisa merubah nasib saya disuatu hari saya bertemu sama orang yang pernah dibantu ama AKI ALIH dan dia memberikan nomer AKI ALIH,dia juga bilan kepada saya kalau AKI ALIH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan saya tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALIH dengan senan hati AKI ALIH ingin membantu saya dengan jalan togel,dan alhamdulillah saya sudah menang togel yang ke5 kalinya.setelah keberhasilan ini rencana saya ama keluarga ingin buka usaha demi untu kebutuhan keluarga yang tercinta sekali lagi makasih ya aki atas bantuanya jasa aki tidak akan perna saya lupakan.bagi teman-teman diluar sana yang ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH di 082==313==669==888
atau silahkan dan saya sangat bersyukur kepada allah swt karna melalui bantuan AKI ALIH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidak akan datan untuk yg kedua kalinya.
KLIK DISINI ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
Post a Comment