Ku Li: Bersatu boleh jadi pencabar
GUA MUSANG - Ahli Parlimen, Tengku Razaleigh Hamzah, memberi peringatan
kepada kepimpinan BN dan Umno agar tidak mengambil mudah dengan
penubuhan parti Bersatu.
Menurut beliau, parti naungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad itu tidak boleh dipandang rendah kerana Bersatu dilihat mampu
menjadi pencabar Umno pada PRU14 nanti.
“Kepimpinan parti itu dikepalai pemimpin-pemimpin berpengaruh dan
berpengalaman. Tun Mahathir mempunyai pengaruh dan namanya masih
disanjung.
“Tan Sri Muhyiddin Yassin pula (bekas Timbalan Perdana Menteri) bukan
calang-calang pemimpin. Mereka tetap ada pengaruh sendiri.
“Ini amaran kepada semua parti terutamanya Umno. Jangan ambil mudah
kerana parti ini (Bersatu) boleh jadi gagah. Ini semua adalah lawan yang
mahu mencabar kedudukan Umno. Namun, gagah atau tidak, kita tengoklah
nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Kem
Kecemerlangan Perdana di Sekolah Menengah (SM) Sains Gua Musang, di
sini.
0 orang berkata:
Post a Comment