Sentimen anti-Islam
BERLIN - JERMAN. 'Keengganan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) menerima pelarian Islam tidak boleh diterima'.
Kenyataan tegas itu dikeluarkan Canselor Jerman, Angela Merkel,
kelmarin selepas negara terbabit mencadangkan sistem kuota untuk
membahagikan migran di blok tersebut.
"Ia adalah satu pendirian yang tidak baik apabila ada negara berkata
secara umum mereka enggan menerima pelarian Islam. Semua pihak perlu
memainkan peranan masing-masing untuk mencari penyelesaian kepada krisis
ini," katanya menerusi saluran TV tempatan, ARD.
Difahamkan, perkara itu disuarakan oleh beliau selepas Presiden
Slovakia, Robert Fico berikrar tidak akan sesekali membawa masuk migran
Islam ke negara tersebut.
Selasa lalu, Perdana Menteri Republik Czech, Bohuslav Sobotka turut
menyatakan pendirian sama dan mencadangkan setiap negara anggota EU
diberi pilihan untuk menetapkan jumlah pelarian yang akan diterima oleh
mereka.
Sebelum ini, Berlin menerima kemasukan kira-kira sejuta pelarian
kebanyakannya dari Syria, Iraq dan Afghanistan selepas Merkel
melaksanakan dasar buka pintu kepada golongan terbabit pada September
lalu. - Press TV
0 orang berkata:
Post a Comment