Empat kawasan catat bacaan IPU tak sihat
KUALA LUMPUR - Kualiti udara di empat kawasan di sekitar Selangor dan
Negeri Sembilan hari ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara
(IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Nilai di Negeri Sembilan
mencatatkan IPU tertinggi dengan 118 berbanding 123 pada pukul 6 pagi
tadi.
Kualiti udara di Shah Alam dan Banting, Selangor masing-masing
mencatatkan bacaan IPU 105 dan 101, manakala Putrajaya merekodkan bacaan
IPU 102.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment