PRU14: 1MDB faktor BN kalah kalau...
SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat Umno - BN mungkin berdepan
risiko kehilangan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) gara-gara
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang masih hangat
diperkatakan.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata,
faktor gerakan 4M (Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) juga akan
menyumbang kepada kemungkinan tersebut.
“Isu 1MDB ini hanya salah satu faktor yang mempengaruhi tabiat mengundi
tapi ia tidak mempengaruhi secara keseluruhan. Namun, ia boleh menjadi
dominan sekiranya kerajaan gagal kendalikan isu ini dengan baik.
“Selepas pilihan raya di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kita lihat
Umno berdepan perpecahan apabila ditubuhkan parti baharu yang sekali
lagi meletakkan Umno dalam ancaman. Apabila faktor 1MDB ini dihangatkan
lagi dengan isu MO1 (Malaysian Official 1) kemudian perpecahan, ia
menjadi ancaman besar kepada Umno,” katanya kepada Sinar Online.
Muhyiddin yang juga bekas orang nombor dua Umno dipecat daripada parti
bertindak menubuhkan parti yang baharu, Parti Peribumi Bersatu (Bersatu)
demi berdepan dengan Umno dalam pilihan raya akan datang.
Namun menurut Samsu Adabi, sekiranya pakatan pembangkang masih utuh
seperti PRU13 lalu, situasinya pasti kurang tenang buat Umno-BN dalam
pilihan raya akan datang ini.
“Jika situasi pembangkang masih sama seperti PRU13 sudah semestinya isu
1MDB menyebabkan Umno lagi terancam. Tetapi apabila lihat faktor
selepas 2015 di mana Pas keluar daripada Pakatan, Pakatan terancam
kerana faktor solidariti parti.
“Jadi, walaupun isu 1MDB tidak menyebelahi Umno, tetapi pembangkang
dalam keadaan berpecah. Ini yang menjadikan faktor 1MDB masih berkesan
tapi tidak sampai mengancam Umno secara serius,” katanya.
Dalam pada itu katanya, isu 1MDB masih boleh dijadikan peluru untuk pembangkang menembak BN sehingga pilihan raya nanti.
Sehubungan itu, Umno-BN tidak mempunyai jalan lain selain menyelesaikan
isu tersebut dan menjelaskan kepada rakyat dan ahli parti serta
mempercepatkan tarikh pilihan raya kerana lebih lama ditangguhkan ia
hanya akan memberi kelebihan kepada Bersatu mengumpul kekuatan.
1 orang berkata:
ugg uk
salomon outlet
mulberry handbags
louis vuitton handbags
true religion outlet
nba jerseys wholesale
oakley sunglasses sale
gucci outlet
michael kors handbags
los angeles lakers jerseys
chanyuan2017.03.20
Post a Comment