Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERLU AWAS DENGAN PAN


'Amanah alu-alukan kedatangan Bersatu'
Khalid Samad
Khalid Samad
KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah), mengalu-alukan kehadiran Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ke gelanggan politik negara.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, pada dasarnya,  Amanah menyatakan sokongan terhadap pembentukan Bersatu.

"Walaupun ia parti khas Melayu dan Bumiputera tetapi kita memandang positif kerana tidak semestinya parti demikian bersifat rasis kerana rasis itu ditakrifkan anti sesuatu kaum untuk mencintai kaum lain itu bukan rasis.

"Kami harap corak politik perkauman akan sentiasa dijauhi. Maka Amanah walaupun terbuka keahliannya, tetapi Bersatu mementingkan masa depan negara, maka kami alu-alukan,"katanya ketika sidang medianya  di ibu pejabat Amanah, di sini hari ini

Mengulas lanjut, Khalid berkata parti yang rasis adalah penubuhannya adalah bertujuan untuk menentang kaum lain berbeza dengan Bersatu yang mempunyai agenda utama untuk menentang BN yang tidak perlu dilabel buruk.

"Mungkin ia satu fasa yang perlu dilalui parti politik Melayu. Kita harap Muhyiddin Yassin dan Dr Mahathir Mohamad sebagai penaja utama membawa pendekatan seperti ini.

"Walaupun untuk satu kaum tapi bebas perkauman. Ia rasis kalau menganjur sikap anti kaum yang lain," ujarnya.  

Kata Khalid lagi, Amanah menyokong kemunculan Bersatu untuk menentang rasuah yang didakwa didalangi oleh pimpinan negara ini.

Pada 9 Ogos yang lalu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Muhyiddin akan berperanan sebagai presiden parti, manakala bekas perdana menteri,Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi.

Parti yang terbuka untuk Bumiputera dan Melayu itu mendapat kritikan yang di antaranya daripada Perdana Menteri Najib Razak yang mempertikaikan bagaimana Bersatu  mampu berjuang untuk orang Melayu sekiranya mereka bekerjasama dengan DAP.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Khalid ni cakap dah merapu...tak perlu layan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.