Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tun M nafi pernah buang pemimpin


Tun Dr Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad

SHAH ALAM – Ada beberapa pemimpin yang menentang semasa pemerintahannya, namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau tidak membuang mereka.

Sebaliknya menurut Mahathir, beliau melantik pemimpin-pemimpin tersebut menyertai kabinetnya.

“Dalam tempoh kempen untuk presiden dan timbalan presiden, ramai menteri-menteri saya dan timbalan menteri menentang saya. Mereka termasuklah (Tun) Abdullah Badawi, (Tan Sri) Rais Yatim dan (Tan Sri) Syed Hamid (Albar).

“Rekod menunjukkan bahawa saya melantik semula mereka dalam kabinet. Adakah ini cara seseorang yang tidak boleh bertolak ansur bertindak terhadap mereka yang jelas tidak setia?,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya.

Dalam pada itu, beliau sempat mengaitkan perkara itu dengan situasi yang berlaku hari ini di mana dakwanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak menurunkan pangkat dan membuang pemimpin yang tidak sehaluan dengannya.

“Sesiapa yang tidak menyokong beliau sepenuhnya, sama ada menteri-menteri atau penjawat awam telah dikeluarkan atau dipindahkan atau terpaksa bersara atas alasan kesihatan. Beliau tidak bertolak ansur seperti saya.

“Kesetiaan kepada pemimpin adalah penting bagi sesuatu organisasi untuk berfungsi tetapi apabila pemimpin menyimpang atau melakukan jenayah, tindakan terus berpaut padanya adalah salah.

Malahan menjadi kewajipan pengikut yang setia untuk menasihati dan mengkritik pemimpin itu dan jika pemimpin berkenaan tidak mengendahkan nasihat, mereka harus berhenti menjadi setia kepadanya,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.