Wacana ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’ hari ini
SHAH ALAM - Perubahan iklim politik tanah air saban hari semakin sesak
dan tidak terurus malah turut menyumbang kepada perpecahan khususnya
melibatkan rakyat di negara ini.
Selain itu, kewujudan parti-parti baru di dalam negara sejak
kebelakangan ini turut menimbulkan andaian sesetengah pihak bahawa ia
hanya akan melemahkan majoriti dan juga penguasaan masyarakat Melayu.
Dalam usaha menangani isu ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana
ilmiah menyediakan pentas khas buat para panel jemputan untuk mengupas
dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Bagi membincangkan mengenai isu ini, Wacana Sinar Harian Siri ke-40
hari ini yang berlangsung di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks
Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam hari ini akan membawakan
tajuk ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’.
Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini juga akan membawakan
beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Ketua Penerangan Pemuda
Pas, Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd
Razlan Muhammad Rafii, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof, 1/7
Pengasas Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua
Srikandi Keadilan, Senator Siti Aishah Shaik Ismail.
Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).
Dalam pada itu, orang ramai yang berminat untuk bersama-sama menyertai
program ilmu ini boleh berhubung terus dengan Laila di talian
019-3310211, Mohd Fazli 019-2808492 atau Nurkhairini 0193371066 untuk
sebarang keterangan lanjut.
0 orang berkata:
Post a Comment