'Jika ada cuba fitnah saya, silakan...'
SERI MANJUNG - "Jika ada orang yang cuba fitnah saya, fitnah anak-anak
murid saya... silakan. Kami tidak takut kerana kami selalu berdamping
dengan al-Quran.
Demikian kata penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias dalam Ceramah
Perdana Daerah Manjung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Manjung, di
sini malam tadi.
Hadir sama pada program itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry
Abd Kadir dan beberapa pimpinan kerajaan serta pemimpin tempatan.
Semalam, dalam satu sidang media, Mohd Kazim berkata, beliau akan
memberikan kerjasama penuh kepada polis melakukan siasatan berhubung
dakwaan pencabulan
seksual dan seks luar tabii di maahad tahfiz miliknya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kes cabul di tahfiz: Kazim akan lapor polis]
Mohd Kazim dalam ceramahnya juga turut mengingatkan umat Islam supaya membudayakan al-Quran sebagai pelindung diri.
"Jadikan al-Quran sebagai budaya kita. Hidupkan al-Quran pasti kita rasa selamat.
"Semua orang ada masalah, termasuk saya yang sentiasa ada ujian namun
tidak perlu gentar jika kita sentiasa berdamping dengan al-Quran,"
katanya.
Mohd Kazim juga mengingatkan agar umat Islam menekankan dua lagi perkara iaitu solat dan sedekah.
"Solat juga kunci utama ketenangan kehidupan dan kerana itu sentiasalah jaga solat," katanya.
Katanya, Perak juga adalah sebuah negeri yang tenang disebabkan
pemimpinnya membudayakan al-Quran melalui penubuhan sekolah-sekolah
tahfiz.
"Saya suka bila dapat berceramah di hadapan pemimpin besar negeri kerana mereka boleh membawa perkara baharu.
"Di Perak terdapat banyak sekolah tahfiz dibangunkan dan ini membantu membawa kepada keberkatan kepada negeri.
"Inilah hikmah kita membudayakan al-Quran kerana semuanya pasti akan berjalan lancar," katanya.
1 orang berkata:
Jgn cakap ada klu belum siasat. Sbb ada org yg nafikan.
Pun begitu, jgn cakap tak ada klu belum siasat. Sbb ada org yg mendakwa.
Bagi kita, ingat kata pepatahlah; kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.
Post a Comment