Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SULTAN DAH MARAH MAHADHIR


Isu Bangsa Johor, Sultan Johor bidas Mahathir
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SHAH ALAM - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya sebelum ini menyentuh konsep Bangsa Johor.

Baginda melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Mahathir dan menyifatkan kenyataan itu boleh memecahbelahkan rakyat.

“Kenyataan itu melambangkan kejahilan Mahathir terhadap sejarah Johor. Bangsa Johor diasaskan oleh moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 untuk menyatukan pelbagai kaum di negeri Johor di bawah satu bendera.

“Konsep itu ternyata berhasil kerana tiada mana-mana individu mahupun kaum yang tertinggal. Malah konsep ini lahir sebelum Tun Mahathir lahir lagi,” titah baginda memetik laporan The Star.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata mempromosikan semangat kenegerian berbanding kebangsaan hanya akan memecahbelahkan rakyat Malaysia dan ungkapan ‘Bangsa Johor’ sering dilaungkan itu menggalakkan rasa bangga diri yang tidak sihat.

Beliau berkata demikian pada Siri Dialog Perdana ke-20 di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

Titah baginda lagi, Dr Mahathir tidak layak bercakap tentang perpaduan dan beliau sepatutnya faham setiap negeri perlu ada rasa bangga dengan negeri masing-masing namun ia tidak bermakna setiap negeri itu mahu keluar dari Persekutuan.

“Dia yang memecahbelahkan rakyat termasuk Melayu sementara saya menyatukan semua kaum termasuklah Melayu,” titahnya.

Dalam pada itu baginda menasihatkan bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menutup mulut daripada mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.