Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MELAYU LEMAH KERANA MELAYU TIADA RUKUN HIDUP


‘Ada Melayu malu nak jadi Melayu’
Syed Saddiq Abdul Rahman
Syed Saddiq Abdul Rahman - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah bagi mewujudkan satu platform Bumiputera atau Pribumi yang lebih progresif.

Pengasas Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, ini kerana Melayu sering dikaitkan dengan stereotaip yang menjatuhkan maruah kaum itu.

“Sebagai anak Melayu, saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, Melayu layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah orang Melayu. Sekarang dah sampai satu tahap di mana orang Melayu malu mengaku jadi Melayu.

“Saya percaya kita perlu wujudkan satu fenomena politik baharu di mana mereka nak kekalkan identiti Melayu tetapi dalam masa sama ingin mereformasikan institusi negara. 

Sebab itu kita tubuhkan Bersatu,” katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di sini, hari ini.

Menurut beliau, walaupun Bersatu menggunakan platform Pribumi, parti itu memperjuangkan ideologi berlandaskan semangat kebangsaan.

“Contohnya, perjuangan kita adalah untuk menghapuskan rasuah dan memastikan kebebasan institusi demokrasi,” katanya.

Katanya lagi, negara juga kini sudah memasuki satu fasa politik baru iaitu politik integriti.

“Politik integriti ini buta warna, buta kaum. Jika kita lihat sekarang ada satu situasi di mana institusi yang boleh mewarnakan masa depan anak muda dibelakangkan.

“Tidak boleh, ini mesti dihentikan. Jangan sesekali guna nama Melayu untuk halalkan cara yang tidak betul,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.