SPRM: Ramai lagi saksi sedang dikesan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang
mengesan lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah
dan salah guna kuasa bank, kata Pengarah Siasatannya, Datuk Azam Baki.
Azam berkata, SPRM mengesan mereka hasil rakaman percakapan orang yang telah ditahan.
"Kami telah merakam percakapan lebih 10 orang, termasuk pengarah urusan
bank, kontraktor dan pihak swasta yang terlibat," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini.
Azam berkata, saksi lain yang dikesan meliputi mereka yang memegang pelbagai jawatan dari seluruh negara.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' ditahan SPRM]
Bagaimanapun, katanya, jumlah saksi berhubung kesalahan rasuah itu belum dipastikan.
Pada 29 Ogos lepas, SPRM menahan pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' bagi
membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Tan Sri terbabit adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM
berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk'
ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment