Bekas pemimpin negara kaki gaduh, kata Najib
CAMERON HIGHLAND - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan seorang bekas pemimpin negara yang berkhidmat selama 22
tahun sebagai kaki gaduh.
Presiden Umno itu berkata ini kerana pemimpin tersebut sering
mengkritik pemimpin terdahulu dan sekarang sebagai tidak betul dalam
segala tindak tanduk mereka.
"Ada pihak yang mengatakan Malaysia negara gagal, apatah lagi ini
disebut oleh bekas pemimpin yang kita sanjung selama ini, saya dan
Menteri Besar (Pahang) Datuk Seri Adnan Yaakob antara penyokong setia
(pemimpin itu) selama 22 tahun.
"Kita pertahankan dia, tapi hari ini dia tergamak duduk sama dengan
pembangkang. Kita semua faham orang yang kaki gaduh ini akan selalu cari
gaduh.
"Pertama dengan (perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra
Al-Haj) (dikatanya) tak betul, (perdana menteri ketiga) Tun Hussein Onn
tak betul, (bekas timbalan perdana menteri) Tun Musa Hitam tak betul,
(perdana menteri kelima) Tun Abdullah Ahmad Badawi tak betul dan terbaru
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar juga tidak betul,"
katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan
Umno Bahagian Cameron Highlands, di sini hari ini. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment